Belajar Pengekodan Menggunakan Stail Harry Potter!

0 44

Peminat Harry potter dan peminat teknologi terkini pasti akan meminati kita kit pengekodan daripada syarikat Kano dari British ini yang akan menghubungkan tongkat Harry Potter dengan semua jenis benda di skrin peranti anda.

Tongkat ini menghubungkan beberapa pergerakan sensor dan boleh diaturacarakan melalui komputer ataupun peranti telefon dimana ia akan dihubungkan melalui Bluetooth. Kit ni akan mengajar anak anda asas pengaturcaraan menggunakan blok kod bersama rentetannya (string) dan membuatkan semua jenis magik.

Tongkat ini menawarkan lebih daripada 30 gerak isyarat dan lebih 70 cabaran langkah demi langkah untuk mempelajari bagaimana untuk menghubungkan kesemua kod blok. Di skrin, tongkat ini mampu untuk membesarkan labu, menerbangkan bulu, menyalakan api, mewarna gambar dan mencipta muzik.

Kit pengekodan Kano Harry Potter ini boleh didapati dari laman web Kano yang berharga (RM415.46). Aplikasi Pengekodan Kano terdapat di Google Play atau di App Store dan boleh dimuat turun secara percuma.

Sumber: thestar

Read More  Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Telefon Pintar Anda Terasa Panas?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...