Bagaimana Untuk Mengelakkan Telefon Anda Daripada Terlalu Panas

0 80

Semak Bateri dan Kabel Pengecas

Jika anda menggunakan telefon lama yang telah dicaj banyak kali (anda tidak boleh caj hingga 100% sebaliknya caj hingga 80-90%). Sepatutnya telefon tidak boleh menjadi panas disebabkan dari masalah pengecasan. Jika ia berlaku, ia mungkin disebabakn bateri yang ingin rosak, kable pengecas yang berkualiti rendah atau masalah port pengecasan.

Apa yang anda boleh lakukan, keluarkan dari kabel. Jika ini tidak membantu, mulakan berfikir untuk menukar bateri telefon.

Adakah Wifi Menyebabkan Telefon Anda Panas?

Jawapan tidak! tetapi penggunaan yang kerap boleh menyebabkan telefon pintar anda menjadi panas. untuk versi Android lama, aplikasi Greenify akan mengenalpasti punca sumber dan akan mengalihkan aplikasi tersebut ke hibernation. Walaubagaimanapun, fungsi yang sama telah ditambah untuk Android untuk telefon pintar baru.

Anda juga boleh menutup latar belakang data telefon yang digunakan. Buka settings>Apps & notifications>All apps dan pilih aplikasi yang and amahukan. Sentuh Data Usage untuk melihat aktiviti aplikasi dan pilih Background data switch off untuk menyahaktifkan akses internet.

Anda juga boleh menggunakan butang Force Stop untuk menutup aplikasi serta merta. Cara-cara ini dapat membantu telefon pintar anda daripada menjadi terlalu panas.

Pernahkah anda dalam situasi telefon anda menjadi terlalu panas dan lambat pada masa yang sama? Ataupun terus shut down dengan sendiri? Ini caranya untuk mengatasi masalah tersebut:

  • Buang sarung telefon
  • Buka mod airplane untuk menyahaktifkan semua sambungan
  • Alihkan daripada terdedah dengan matahari
  • Halakan kipas ke telefon anda (jangan letak di dalam peti ais atau pembeku)

Selepas anda telah mencuba cara di atas, anda boleh juga mengaplikasikan langkah di bawah:

  • Pilih mod Battery Saver
  • Bersihkan telefon anda untuk membuang fail yang tidak mahu
  • kurangkan penggunakan Wi-Fi, bluetooth dan GPS melainkan anda sangat memerlukan.
Read More  Sokongan JavaScript, Acquia Membolehkan Pemaju Membina Aplikasi Web Yang Menggabungkan Kandungan Dan Data!

Dengan ciri keselamatan terbaru, telefon dan tablet direka untuk shut down jika telefon anda tersangat panas. Anda hnaya perlu menunggu ia untuk pulih dari suhu yang tinggi. Diharapkan tips-tips ini dapat membantu anda untuk menurunkan suhu telefon pintar. Anda mempunyai tips lain? Kongsikan dengan kami menggunakan facebook anda!

Sumber: makeuseof

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...