Apa Penyebab Telefon Android Terlalu Panas?

0 61

Selalunya telefon anda akan menjadi terlalu panas atas sebab-sebab tertentu. Ia termasuklah terlalu banyak penggunaan, ataupun masih disambungkan dengan bluetooth speaker. 

Sehingga kini, anda semestinya akan mendengar sebab-sebab lapuk ini:

  • Paparan kecerahan terlalu tinggi
  • Terlalu lama disambungkan dengan Wi-Fi
  • Terlalu banyak bermain permainan

Tetapi, Adakah Telefon Anda Betul-Betul Panas?

Jangan salah tafsir suam-suam panas sebagai terlalu panas. Suam-suam panas selepas 15minit bermain permainan ialah pekara biasa. Tetapi jika telefon anda memaparkan amaran terlalu panas, anda perlu mulakan mencari penyebabnya.

Kamera Juga Boleh Menjadikan Telefon Anda Panas

Telefon yang mempunyai kamera video berkualiti tinggi akan cenderung mengalami masalah ini. Jangan risau, ia bergantung kepada beberapa faktor juga:

  • Resolusi yang dipilih dan kadar frame
  • Kecerahan skrin
  • Suhu sekeliling

Sebagai contoh, kami telah mencuba untuk merekod video menggunakan kamera hadapan dan mendapati telefon menjadi terlalu panas setelah beberapa minit. Semasa kami menggunakan kualiti tinggi untuk tetapan kamera, video itu hanya bertahan sekitar 20 minit sebelum kami mendapat amaran telefon terlalu panas.

Kesimpulannya, pilihan sambungan, kecerahan paparan yang tinggi, bermain permainan video, tetapan kamera akan menyebabkan suhu telefon menjadi panas.

Kredit: makeuseof

Read More  WannaCry - Kilang Kereta Honda Di Jepun Terpaksa Ditutup

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...