Sekarang semua boleh mencipta sticker pada aplikasi “WhatsApp” mereka sendiri

0 74

Semua pasti sudah sedia maklum bahawa sekarang ini aplikasi WhatsApp sudah mengemas kini aplikasi mereka tersebut iaitu versi 2.18.361 . Antara perkara-perkara yang menarik ada selepas kemaskini ini ialah kita boleh menghantar dan mencipta kita punya stiker sendiri. Hari ini kami akan menerangkan cara-cara bagaimanakah cara untuk mencipta stiker tersebut.

Mula-mula sekali, kita perlulah memastikan bahawa aplikasi WhatsApp kita tersebut sudah dikemaskini. Selepas itu, kita perlulah muat turun aplikasi Background Eraser dan Personal Sticker For WhatsApp. Kedua-dua aplikasi tersebut boleh didapati di PlayStore.

Langkah Pertama : Buka aplikasi Background Eraser dan anda boleh memilih gambar mana yang anda ingin untuk dijadikan stiker.

Langkah kedua : Anda boleh potong bahagian mana yang anda tidak inginkan.

.

Langkah ketiga : Anda perlu memadamkan bahagian latar belakang gambar tersebut menggunakan pemadam yang telah disediakan

Langkah keempat : Sesudah selesai langkah tersebut, anda perlu save gambar yang telah anda edit tadi.

Langkah kelima : Selepas selesai mengedit gambar-gambar tersebut, anda perlu buka aplikasi yang seterusnya iaitu Personal Sticker For WhatsApp. Anda boleh lihat gambar yang telah anda edit sebelum ini. Anda hanya perlu tekan butang ADD tersebut dan gambar tersebut sudah masuk kedalam WhatsApp sebagai stiker.    Setelah selesai semua langkah-langkah tersebut, anda sudah boleh menggunakan stiker yang telah anda buat sebentar tadi.

P/S Anda perlu mengulangi langkah-langkah tersebut sehingga cukup tiga gambar untukmemasukkannya ke dalam aplikasi WhatsApp tersebut.

Read More  Bagaimana Hendak Menyembunyikan Notifikasi Sensitif Pada Skrin di iPhone Anda?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...