Sekarang semua boleh main permainan dengan resolusi 4K

0 51

Hari ini kami akan menceritakan pula tentang barang yang terhangat di pasaran pada ketika ini terutama untuk gamers iaitu grafik kad GeForce RTX™ 2080. GeForce RTX ™ 2080 dikuasai oleh senibina NVIDIA Turing ™ yang baru untuk memberikan anda tahap realisme permainan, kelajuan, kecekapan kuasa dan perendaman yang luar biasa. Ini adalah grafik dicipta semula. Prestasi grafik kad ini apa yang memberangsangkan ialah ia boleh mencapai enam kali tahap kelajuan prestasi. Ianya juga disokong oleh Artifical Intelligence(AI) untuk mempertingkatkan grafik pada komputer anda.Antara ciri-ciri tambahan dan manfaat yang terdapat dan ditambah pada grafik kad ini seperti penggabungan Realiti Maya(VR) rendering yang lebih maju, pengesanan real-time ray dan AI, GeForce RTX yang akan membawa Realiti Maya (VR) ke tahap realisme yang baru. Selain itu, ianya juga menggunakan DIRECTX 12 supaya permainan yang dimainkan akan mendapatkan visual efek yang lebih baik. Tambahan pula, kita sudah boleh bermain permainan yang diminati dengan menggunakan grafik yang tertinggi iaitu resolusi 4K. Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli grafik kad ini, anda boleh membelinya daripada mana-mana kedai peralatan komputer ataupun di laman sesawang rasmi mereka sendiri iaitu NVIDIA.com.

 

Sumber : NVIDIA.com

Read More  Bagaimana Untuk Mengantikan Memori (RAM) Dalam Komputer?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...