13 Aplikasi Di Google Play Dibuang Kerana Mempunyai Malware!

0 38

Baru-baru ini Google membuang permainan pemanduan daripada Play store kerana mereka mempunyai malware yang berbahaya. Paling mengejutkan, permainan-permainan ini telah dimuat turun sebanyak 560, 000 kali, mengikut sumber ESET malware dan pengkajinya Lukas Stefanko.

Permainan-permainan ini dicipta oleh seorang pembangun iaitu Luiz O pinto. Setelah permainan ini dimuat turun dan dilancarkan, aplikasi ini akan memuat turun sediri tambahan fail APK yang dipanggil Game Center dan akan membuatkan pengguna untuk memasangnya secara sendiri. Kemudian, ikon akan disembunyikan secara sendiri dan iklan malware akan dipaparkan apabila peranti pengguna dikunci.

Disini kami sertakan senarai penuh aplikasi yang mempunyai malware:

1. Truck Cargo Simulator
2. Extreme Car Driving Racing
3. City Traffic Moto Racing
4. Moto Cross Extreme Racing
5. Hyper Car Driving Simulator
6. Extreme Car Driving City
7. Firefighter — Fire Truck Simulator
8. Car Driving Simulator
9. Extreme Sport Car Driving
10. SUV 4×4 Driving Simulator
11. Luxury Car Parking
12. Luxury Cars SUV Traffic
13. SUV City Climb Parking

Seperti malware Luiz O Pinto, mereka menyembunyi kewujudan mereka di dalam telefon pintar pemangsa dengan membuang ikon daripada skrin muka hadapan telefon, dan kemudian meminta orang ramai  untuk memuat turun fail lain yang memaparkan iklan.

Sumber: thestar

Read More  Touch ‘n Go Bakal Menghentikan Penjualan SmartTAGs Dan Merancang Untuk Memperkenalkan RFID Pilot Pada Bulan September

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...