Laman Web Ini Membantu Anda Membuang Kata Laluan Daripada PDF

0 70

PDF seringkali digunakan oleh orang ramai tetapi bagaimana jika anda ingin mengurangkan saiz PDF atau menggabungkan banyak helaian PDF kepada satu dokumen? atau anda ingin membetulkan mana-mana halaman?

Anda jangan risau, kini sudah terdapat alternatif percuma. Laman web smallpdf.com akan membolehkan pengguna untuk menyunting PDF dari pelayar sahaja. Bermakna, anda tidak perlu memuat turun untuk menyunting dokumen PDF. Anda juga boleh menukarkan slaid pembentangan PowerPoint kepada PDF atau membuang kata laluan daripada dokumen PDF yang dilindungi. Semuanya percuma asalkan anda tidak bekerja lebih daripada dua dokumen dalam satu jam. Jika anda ingin menggunakan fungsi itu, anda perlu mendaftar dan membayar yuran langganan.

Smallpdf.com tidak akan menyimpan, membaca, menyalin mana-mana kandungan dan kesemua suntingan dokumen akan dipadam dalam masa satu jam.

Sumber: thestar

Read More  SelfMade, Aplikasi Pengeditan Foto Terbaik Untuk Anda!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...