64 Pemain Sudah Boleh Berentap Di Battlefield V

0 62

Battlefield V adalah permainan video penembak orang pertama yang dibangunkan oleh EA DICE dan  telah diterbitkan oleh Electronic Arts. Battlefield V merupakan permainan yang Ke-16 dalam siri Battlefield. Ia dikeluarkan di seluruh dunia untuk Microsoft Windows, PlayStation 4 dan Xbox One bermula 20 November 2018. Permainan ini berdasarkan pada Perang Dunia II dan merupakan sambungan tema Perang Dunia I permainan sebelumnya iaitu Battlefield 1.

Permainan ini akan menampilkan beberapa mod berbilang pemain baru, termasuk mod kempen berterusan seperti “Tides of War“, “Firestorm“, dan “Grand Operations“. Permainan ini juga mempunyai mod kooperatif yang tidak dilihat di Battlefield 3 yang dipanggil “Combined Arms“, di mana empat pemain boleh melakukan misi bersama dan mempunyai misi dinamik serta objektif sehingga misi tidak dapat dimainkan dengan cara yang sama setiap kali mereka bermain permainan ini.  Mod ”Battle Royale” akan dibina di sekitar fraincais ini iaitu “tiang teras kemusnahan, bermain dalam pasukan, dan kenderaan”. Nama “Firestorm” berasal dari ribut diperbuat dari api yang menyelubungi pemain sama seperti dengan permainan mekanik Battle Royale popular menyekat kawasan permainan. Ianya boleh dimainkan oleh 64 pemain dan dibahagi kepada 16 kumpulan yang akan memfokuskan kepada kerjasama dalam kumpulan. Mod ini dijangka keluar akan dikeluarkan pada March 2019.

Sama seperti Battlefield 1, mod permainan tunggal ini terbahagi kepada tiga episod cerita perang sebenar yang boleh kita dapat di awal-awal pelancaran. Antaranya ialah “Nordlys”, “Tirailleur” dan “Under No Flag”. Kempen yang keempat iaitu “The Last Tiger” akan diberitahu kemudian bila akan dikeluarkan.

Sumber: Wikipedia

Read More  Google Akan Membayar Penggodam Yang Menemui Kelemahan Dalam Aplikasi Android Yang Popular!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...