Revolusi Helmet Ini Seperti Dalam Movie!

0 82

Syarikat Jepun yang baru ditubuhkan iaitu CrossHelmet X1 melancarkan revolusi helmet motosikal menawarkan penunggang untuk menikmati visual 360°, sambungan telefon pintar dan mengelakkan bunyi bising. Helmet ini sudah boleh didapati secara pre-pesanan dari laman web Indiegogo.

Helmet motosikal ini  mempunyai kamera sudut yang luas di belakangnya dan paparan yang telah disekalikan supaya penunggang boleh melihat apa yang berlaku di belakang mereka tanpa perlu menghiraukan blind spots. Dengan paparan 360° ini, penunggang tidak perlu lagi menoleh kebelakang malah penunggang motosikal boleh lebih fokus dan berhati-hati dengan persekitaran mereka.

Crosshelmet X1 juga mempunyai sistem kawalan bunyi melalui aplikasi telefon anda untuk mengurangkan bunyi bising daripada persekitaran seperti enjin, angin dan lain-lain. Bukan itu sahaja, ia juga boleh disambungkan dengan telefon pintar melalui Bluetooth dan membolehkan penunggang memberi arahan menggunakan Google Assistant ataupun Siri untuk membuat panggilan, menguruskan navigasi atau mendengar lagu. Helmet ini juga mempunyai ciri keselamatan LED untuk melihat dengan lebih baik pada waktu malam.

Anda boleh mendapatkan helmet ini dengan harga (RM6,691), dan dijangka boleh dikurier pada lewat Jun 2019. Ia juga boleh ditempah sekali dengan aksesori seperti (visors, jaket, sarung tangan).

sumber: thestar

Read More  Bagaimana Nak Menyembunyikan Notifikasi Pada Aplikasi di Iphone Anda?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...