Syarikat Razer Menukarkan Papan Kekunci ‘Gaming’ Kepada Papan Kekunci Profesional Dengan Harga Bawah RM400
Razer, sebuah syarikat yang terkenal dengan prestasi papan kekunci ‘gaming’ telah mendedahkan reka bentuk terbaik mereka disuaikan dengan kerusi dan juga meja ‘gaming’. yang diberi nama BlackWindows Lite.
Mechanical gaming performance. Ultra silent keys for work. The Razer BlackWidow Lite combines the best of both worlds in one compact keyboard: https://t.co/JKgOuadVXQ pic.twitter.com/5bzXuhmXx7
— R Λ Z Ξ R (@Razer) November 15, 2018
Tidak seperti papan kekunci tradisional kerana papan kekunci ini ditambah dengan ciri senyap supaya pengguna dapat menikmati pengalaman menaip yang lebih menyeronokkan. Untuk menggalakkan produktiviti (ataupun gaming) sepanjang masa, setiap kekunci dikelilingi dengan LED putih. Tambahan lagi, papan kekunci ini ditambah dengan ciri Razer Synapse 3 dimana ia membolehkan pengguna untuk menetapkan makro dan kekunci jalan pintas supaya anda boleh bertukar dengan cepat daripada kerja kepada bermain.
Razer BlackWidow Lite boleh didapati dengan harga RM377.24 di mana-mana kedai berhampiran.
Sumber: thestar
Komen