Berapakah Harga Telefon Pintar Yang Sepatutnya Anda Miliki?

0 139

Telefon pintar boleh dibahagikan kepada 3 peringkat harga; harga paling asas atau rendah, harga pertengahan dan harga kelas premium. Harga peranti kelas premium tahun ini berharga dalam linkungan RM4192.

Kredit: Google

Adakah anda perlukan peranti berharga semahal itu? Semuanya bergantung kepada tujuan penggunaan peranti tersebut. Telefon pintar berharga rendah tidak mempunyai teknologi terkini tetapi jika anda mahukan beberapa aplikasi, boleh melayari secara atas talian dan membuat panggilan, anda sudah boleh mendapatkan peranti berharga serendah RM734. Dengan harga tersebut, anda tidak boleh mengimpikan kamera atau pemproses (processor) yang canggih.

Apabila anda membeli telefon baharu, jangan sesekali terpedaya dengan bilangan megapixel kamera telefon tersebut. Kehebatan kamera bergantung kepada interaksi di antara teknologi dan perisian yang dimuat turun. Lebih hebat teknologinya, lebih bagus kameranya.

Jika anda ingin mengambil banyak gambar dan video, pastikan anda mempunyai memori dalaman yang banyak. Hakikatnya, 16GB memori masih sedikit. Sistem operasi dan juga perisian boleh mengambil ruang memori paling terbesar.

Sesetengah telefon membolehkan anda untuk menambah memori menggunakan kad mikro SD. Jika anda seorang yang mementingkan kelajuan internet, pastikan anda membeli telefon yang mempunyai LTE dan sokongan sekurang-kurangnya standard n-WLAN.

Paparan seharusnya mempunyai resolusi sekurang-kurangnya 720p. Anda tidak memerlukan paparan 4K atau WQHD. Resolusi bergantung kepada saiz paparan, lagi besar paparan maka lagi tinggi resolusi.

Peranti harga pertengahan boleh berjalan dengan lancar dan mempunyai resolusi paparan yang tinggi beserta lebih banyak ciri. Jika anda mempunyai peranti kelas premium, anda akan memiliki lebih banyak ciri tambahan seperti pengecas tanpa wayar dan paparan kontras tinggi OLED.

Jika anda mementingkan ciri terbaru seperti pengecaman muka, anda perlu mempunyai lebih wang untuk membelinya. Anda tidak perlu risau, harga telefon pintar semakin hari semakin menurun. Malah, harga model telefon pintar kelas pertengahan sudah boleh didapati dengan harga RM1258 dan ke atas.

Read More  Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Telefon Pintar Anda Terasa Panas?

Pembeli harus menitikberatkan pengemaskinian perisian. Sebagai contoh, peranti Apple seringkali mendapat pengemaskinian manakala peranti Android barangkali tidak mempunyai pengemaskinian sistem lagi. Anda boleh mendapatkan maklumat polisi pengemaksinian peranti di internet.

Sumber: thestar

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...