3 Perkara Yang Perlu Anda Tukar di Setting Untuk Telefon Yang Baru Dibeli

0 137

Apabila anda memiliki telefon yang baru dibeli, sudah semestinya anda akan berasa sangat teruja dan seronok bukan? Tetapi paparan muka yang baru boleh membuatkan anda untuk memahaminya dalam beberapa hari untuk mengubah fungsi kepada fungsi yang anda mahukan.Malah, ada beberapa fungsi yang telah ditetapkan secara ‘default’ yang membuatkan anda stres seharian.

Anda tidak perlu risau, posting kali ini akan mengajar anda apa yang perlu anda ubah di ‘Setting’ sebaik sahaja anda mempunyai telefon baharu.Trik yang kami berikan ini boleh diaplikasikan untuk semua telefon cuma kemungkinan terdapat sedikit perbezaan.

#1 Off bunyi sentuhan skrin

Perkara pertama yang perlu lakukan ialah membuang bunyi yang mengganggu anda. Getaran dan bunyi tersebut boleh mengurangkan bateri anda.Jadi, untuk menghentikannya anda perlu pergi ke:

  • Settings > Sounds > Other sounds.
  • Dari situ, anda boleh membuang bunyi papan kekunci, bunyi mengecas, bunyi skrin kunci dan bunyi sentuhan skrin.

#2  Nyahaktifkan Auto-Correct

Fungsi auto-correct kadangkala berguna untuk anda. Ia boleh membetulkan perkataan yang anda taip tetapi adakala perkataan yang dibetulkan bukan yang anda inginkan.

  • Pergi ke Settings > Language and input > Virtual keyboard
  • Pilih papan kekunci yang sedang anda gunakan
  • Tukarkan ‘Auto replace’  kepada tutup.
  • Nyahaktifkan semua aplikasi yang tidak digunakan.

#3 Nyahaktifkan Animasi Ketika Switch On telefon

Terdapat beberapa telefon bimbit yang menggunakan logo syarikat pengeluar beserta dengan bunyinya ketika kita ingin ‘switch on’ atau ‘restart’. Bagaimana anda ingin membuang gangguan ini?

  • Pergi ke  Settings > Sounds
  • Bergantung kepada pengilang, kerana mereka menetapkan pilihan yang berbeza untuk membuang gangguan tersebut. Untuk peranti Motorola, ia dinamakan ‘Power up sound’ sementara peranti Huawei / Honour adalah ‘Start up sound.’
Read More  Lapan Alternatif Terbaik Untuk Raspberry Pi

 

Adakah terdapat lagi yang anda ingin nyahaktifkan apabila anda mempunyai telefon baru? Beritahu kami di ruangan komen!

 

 

 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...