Muat Turun Dua Akaun Whatsapp Dalam Satu Telefon Pintar Android
Banyak pengguna menggunakan telefon dua sim dimana mereka menggunakan lebih dari satu nombor. Menggunakan dua whatsapp dalam satu telefon sangat mustahil tanpa kaedah ‘rooting’. Tetapi kini tidak mustahil lagi kerana anda tidak perlu bersusah payah menggunakan kaedah ‘rooting’ dan hanya memuat turun dua aplikasi.
APA YANG DIPERLUKAN
- OGWhatsapp or Whatsmapp App
- Telefon pintar Android
- 2 simkad aktif
- Sambungan Internet
Anda hanya perlukan dua berlainan simkad yang aktif untuk mendaftar dua nombor di telefon pintar anda.
Ikuti langkah-langkah dibawah:
- Buka aplikasi Whatsapp sedia ada di Android anda dan buat backup sebagai langkah bersiap sedia untuk segala masalah yang mungkin berlaku.
- Kemudian, anda perlu padam semua data Whatsapp untuk menghapuskan data Whatsapp ayng tidak diperlukan apabila memuat turun dua akaun Whatsapp. Hanya pergi ke Setting > Applications > Whatsapp > Clear Data.
- Buka fail SD Card anda dan cari folder yang dinamakan sebagai Whatsapp dan namakan folder tersebut kepada OGWhatsapp.
- Kini, anda sudah boleh uninstall aplikasi Whatsapp yang telah dimuat turun di telefon anda.
- Muat turun versi terbaru yang terdapat di OGWhatsapp atau Whatsmapp yang terdapat di telefon pintar Android anda. Anda boleh menggunakan kedua-duanya atau menggunakan salah satu untuk dimuat turun.
- Muat turun dan pasang OGWhatsapp atau aplikasi Whatsmapp dan daftar nombor SIM yang anda sedang digunakan.
- Lancarkan OGWhatsapp atau Whatsamapp dan masukkan fail backup yang anda telah lakukan pada langkah nombor satu. Anda akan lihat kesemua perbualan Whatsapp sebelumnya di OGwhatsapp atau di Whatsmapp.
- Sekarang, tiba masanya untuk memuat turun aplikasi Whatsapp kedua.
- Hanya pergi ke Google Playstore dan muat turun serta pasangkan aplikasi rasmi Whatsapp dan jangan lupa untuk mendaftar satu lagi nombor simkad anda.
Selesai! Anda sudah mempunyai dua akaun Whatsapp dalam satu telefon pintar tanpa perlu memiliki dua telefon. Tetapi anda perlu ingat, pastikan anda mempunyai memori yang banyak untuk mengendalikann dua akaun ini. Kalau tidak, telefon pintar anda akan menjadi lambat berfungsi.
Kredit: Techaroid
Komen