Jangan Lega Lagi Jika PC Anda Mempunyai RAM Bawah Dari 8GB

0 183

Aplikasi pada hari ini memerlukan banyak penggunaan memori, oleh itu sesebuah komputer yang tidak mempunyai memori yang cukup akan mencapai had limitnya.

Komputer pejabat berkelajuan tinggi sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya 8GB RAM manakala kerja penyuntingan video dan bermain permainan video memerlukan 16GB memori atau lebih.

Jika ada berfikir untuk mengemaskini komputer lama, anda perlu memikirkan pengurusan had memori anda. Komputer yang mempunyai sistem operasi yang telah ketinggalan seperti Window XP atau Window Vista atau versi 32-bit Windows 7, Windows 8 dan Windows 10 hanya boleh menguruskan 4GB RAM.

Bagaimana untuk mengetahui berapa baki memori yang tinggal? Jika anda pengguna WIndows 7, pergi ke “Computer” dan pilih “Properties”. Jika anda pengguna Windows 10, penerangan ringkas komputer anda akan dapat dilihat di Control Panel dibawah “System”.

Perisian seperti CPU-Z sangat efektif. Perisian percuma ini bukan sahaja menyediakan penerangan yang komprehensif mengenai perkakasan yang anda pasang, malah ia juga menyenaraikan data memori yang digunakan. Ia sangat penting untuk memberi anda pilihan untuk memilih modul memori yang terbaik. Penggunaan manual akan memberitahu anda modul yang dapat menyokong papan induk komputer anda.

Kelajuan tinggi selalunya berlaku jika dua modul memori kecil digunakan daripada menggunakan satu modul memori besar. Sebagai contoh, dua modul 16GB lebih bagus daripada 32GB modul. Pakar komputer juga menasihati untuk memberi perhatian dalam pemasangan yang betul. Anda jangan khuatir kerana memori slot yang perlu dipasang secara berpasangan telah ditandakan dengan warna.

Dua modul yang sama perlu dipasang di slot yang pertama dan ketiga dari kedudukan pemproses (processor). Jika anda membeli banyak modul memori, anda boleh memasang ke dalam slot 2 dan 4.

Read More  Cara Untuk Menyekat Iklan Di Youtube!

Kredit: thestar

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...