Facebook Kini Tampil Dengan Gambar 3D
Pada bulan Mei yang lalu, Facebook merancang untuk menambah gambar 3D di platform ini. Kini, anda
sudah boleh berkongsi gambar anda dalam 3D dan VR ke seluruh dunia!
Khamis yang lalu, Facebook 360 akhirnya diumumkan telah melancarkan efek tersebut dan cara menggunakannya. Pilihan “gambar 3D” akan dipaparkan di sebelah kanan sebaris bersama senarai pilihan posting setiap kali anda ingin membuat status. Buat sementara, ciri ini boleh digunakan untuk iPhone 7 dan ke atas. Model yang lain perlu menunggu versi yang akan datang untuk menggunakan ciri ini.
Bagaimana gambar 3D di Facebook akan kelihatan? lihat posting di bawah!
Facebook have introduced 3D photos! pic.twitter.com/XdK3XyWwZj
— Puds & Co. (@Pudsco) October 12, 2018
Anda boleh memutar atau condongkannya untuk mendapatkan paparan setiap sudut. Oleh itu, pengguna iPhone generasi baru boleh menikmati ciri ini sekarang dan boleh kongsikan dengan kami kehebatannya!
Kredit: thestar
Komen