Google Bakal Melancarkan Mic Luaran Kamera Pixel

0 74

Google akan mengemaskini aplikasi kamera di telefon pintar Pixel untuk membolehkan ciri mikrofon luaran apabila pengguna merakam video.

Sebelum ini, telefon pintar ini terkenal dengan kehebatannya menghasilkan gambar dan juga membangunkan penstabilan untuk mendapatkan paparan video yang cantik. Malangnya, mikrofonnya tidak dapat menghasilkan audio yang jelas. Dengan meneliti masalah ini, pihak Google merancang untuk menambah ciri mikrofon luaran yang disambungkan menggunaKan port USB-C (atau hanya menggunakan bicu port headphone untuk menggunakan ciri tersebut.

Apliaksi kamera Android pihak ketiga seperti Open Camera juga dapat digunakan untuk merekod audio ketika Pixel menghasilkan video. Kemaskini ini memudahkan vloggers untuk menggunakan Pixel bagi penghasilan kandungan.

Kemaskini ini sepatutnya sudah boleh didapatkan kerana ia dikeluarkan serentak dengan pelancaran Pixel 3 iaitu 18 Oktober yang lalu.

Kredit: The Verge

Read More  Google Bakal Mengaktifkan Ciri Mod Hitam

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...