6 Aplikasi Untuk Mengasah Skil Memasak Anda Menggunakan Windows 10!

1,147

Terdapat pelbagai aplikasi memasak percuma dan berbayar di Microsoft Store yang bukan sahaja dapat menyusun resepi makanan kegemaran anda, tetapi juga boleh membuat senarai beli-belah, menguruskan barang runcit anda, dan juga mengajar anak-anak anda bagaimana menjadi chef selebriti seterusnya.

Ada beberapa daripada senarai ini yang boleh digunakan dari komputer atau tabler Windows 8 dan Windows 8.1.

Recipe Keeper : Aplikasi Senarai Barangan Runcit Paling Terbaik

Recipe Keeper Windows 10 cooking app

Apa yang menariknya, pengguna boleh memasukkan resipi secara manual atau mengimportnya dari sumber lain. Di samping mempunyai ciri pemasa, anda juga boleh menyusun resepi secara mingguan atau bulanan.

Tetapi yang paling menarik sekali, anda boleh membuat senarai barang runcit yang ingin dibeli dimana anda boleh menyusun mengikut kategori atau resepi dan boleh dihubungkan ke aplikasi telefon di iOS, Android, Telefon Windows atau mac.

Apa yang menarik:

  • Kalendar perancang juadah sangat berguna bagi mereka yang selalu memasak.
  • Senarai barangan beli boleh dikategorikan untuk organisasi yang lebih baik.

Apa yang tidak menarik:

  • Peningkatan $5 (RM20.76) diperlukan untuk menambah lebih daripada 20 resipi dan untuk menghubungkan data antara peranti.
  • Halaman perancang mingguan kelihatan sangat terabur sebelum data telah dimasukkan

Cooking Lingo: Aplikasi Terbaik Bagi Yang Ingin Belajar Memasak

Cooking Lingo Windows 10 app

Cooking Lingo adalah aplikasi masakan percuma untuk komputer dan tablet Windows 10 yang pada awalnya digunakan sebagai sumber untuk memasak dan mempelajari istilah dapur. Semua perkataan dan frasa disusun mengikut abjad dan navigasinya begitu mudah dan pantas, terutamanya apabila menggunakan skrin sentuh.

Aplikasi memasak Windows 10 ini sesuai untuk mereka yang baru ingin belajar memasak dan yang sering mencari maksud frasa buku masakan seperti “dash” atau “leavenings.” Bahkan chef yang berpengalaman juga mengesyorkan aplikasi ini.

Read More  Perkara Menarik Dan Terbaik Yang Google Assistant Boleh Lakukan Pada Telefon Android Anda!

Calories PRO!: Aplikasi Terbaik Perancang Masakan

Calories PRO! Windows 10 cooking app

Kalori PRO! adalah aplikasi yang bagus untuk digunakan apabila membuat keputusan untuk memasak jika anda seorang yang ingin tahu berapa banyak kalori dalam makanan anda. Walaupun aplikasi kalori ini hanya mempunyai kiraan purata kalori untuk satu kategori makanan, tetapi ciri aplikasi ini yang mempunyai penjelasan yang sangat jelas dan spesifik mengenai kalori tersebut.

Anda ingin memasak pasta? Kalori PRO! membolehkan anda menentukan bahan masakan daripada lebih 30 senarai pilihan yang berbeza sebelum menggunakannya untuk makanan anda bagi pengiraan yang lengkap.

Apa yang menarik:

  • Pelbagai makanan dan bahan yang menarik.
  • Boleh digunakan di Windows 8.1 dan Windows 10.

Apa yang tidak menarik:

  • Kalori PRO! masih menggunakan reka bentuk menu aplikasi Windows 8 yang boleh mengecewakan penggunaan pada peranti Windows 10.
  • Banyak teks aplikasi mungkin terlalu kecil untuk dibaca untuk sesetengah pengguna.

Cookery With Kids: Aplikasi Memasak Terbaik Untuk Anak Anda

Cookery With Kids Windows 10 app

 

Cookery With Kids adalah aplikasi Windows 10 yang berbayar untuk anak-anak yang berminat untuk belajar bagaimana cara untuk memasak dan menggunakan alat yang berbeza di dapur mereka. Ia didatangi dengan lebih daripada 200 video yang menyajikan pembelajaran yang menarik.

Video-video ini terdiri daripada tutorial mengenai cara menggunakan pisau dapur untuk memperkenalkan gaya memasak yang berlainan. Keseluruhan senarai disusun mengikut tahap kesukaran, menjadikannya mudah untuk memilih video untuk kumpulan umur tertentu.

Apa yang menarik:

  • Kebanyakkan video memasak terdiri daripada kemahiran dapur asas.
  • Fungsi kegemaran membuat tontonan berulang video popular lebih mudah.

Apa yang tidak menarik:

  • Navigasi aplikasi mungkin memerlukan bantuan dewasa kerana reka bentuk teks sukar untuk difahami
Read More  Sistem Akaun Yang Perlu Pemilik Bisnes Miliki

Food Cost Profiler: Untuk Tukang Masak Profesional

Food Cost Profiler Windows 10 cooking app

Jika anda seorang tukang masak profesional atau hanya seseorang yang suka mencari informasi terperinci yang berkaitan dengan makanan yang anda makan, Food Cost Profile terbaik untuk anda. Aplikasi Windows 10 percuma ini membolehkan pengguna mengesan berapa banyak wang yang mereka belanjakan untuk makanan, inventori dapur, acara masakan yang akan datang, dan juga pembaziran makanan mereka.

Apa yang menarik:

  • Reka bentuk yang minimalis seperti aplikasi Windows 10 moden.
  • Bahagian Bantuan terperinci yang menerangkan cara menggunakan aplikasi dan apa yang dilakukan untuk setiap bahagian.

Apa yang tidak menarik:

  • Tidak berfungsi pada peranti Windows 8 atau 8.1.
  • Sangat serabut pada mulanya kerana jumlah maklumat dan pilihan menu.

Pepperplate: Aplikasi terbaik Windows 10

Pepperplate Windows 10 cooking app

Pepperplate, adalah aplikasi memasak percuma yang membolehkan anda membuat dan mengedit resipi, menambah ramuan ke senarai membeli-belah, dan merancang makanan bulanan lebih awal.

Setiap pelan resipi memaparkan masa, ramuan, dan arahan memasak dalam format yang jelas dan mudah difahami dan pemasa individu boleh ditetapkan untuk setiap peringkat proses memasak; sesuai digunakan apabila menyediakan beberapa fasa hidangan sekaligus.

Apa yang menarik:

  • Mengasingkan masa untuk masakan yang berlainan.
  • Sambungan yang bagus antara resipi dan ciri senarai membeli-belah.

Apa yang tidak menarik:

  • Kekurangan pilihan percetakan untuk menu hidangan adalah mengecewakan.
  • Memerlukan penciptaan akaun untuk penggunaan percuma.

Sumber: lifewire

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...