Cara Untuk Mencetak Teks Mesej Daripada Telefon

0 113

Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang ingin mencetak teks mesej daripada telefon tetapi sebab utamanya ialah untuk menyimpan rekod sebagai bukti infromasi atau untuk backup mesej jika telefon diceroboh.

Walau apapun sebabnya, kaedah di  bawah akan membantu anda untuk mencetak teks mesej daripada Android atau iPhone.

Android Kepada Pencetak (Secara Terus)

Mengambil Screenshot

man with mobile phone connected to printer

Cara terpantas untuk mencetak teks mesej daripada telefon Android ialah mengambil screenshot.

  1. Muat turun aplikasi Google Cloud Print dari Google Play Store.
  2. Setelah dimuat turun, buka aplikasi dan sentuh tetapan untuk menghubungkan telefon Android anda.
  3. Log masuk ke akaun Google anda.
  4. Pilih jenis pencetak daripada pilihan yang disenaraikan (pilih “other option” jika tiada didalam senarai yang diberi).
  5. Buka galeri gambar di telefon anda.
  6. Buka folder Screenshots dan masukkan bahan screenshot yang anda ingin cetak.
  7. Buka gambar tersebut dan pilih ikon Kongsi.
  8. Pilih Cloud Print.
  9. Sahkan fail gambar yang anda ingin cetak, kemudian pergi laraskan susun atur halaman dan ubah tetapan mengikut pilihan anda.
  10. Pilih Click here to print.

Android ke Windows/Mac

Menggunakan Screenshot

  1. Gunakan kabel USB anda, hubungkan telefon anda dengan PC/Mac. Ia akan membuka folder baharu yang mempunyai kandungan di dalam telefon. Jika anda mempunyai kad memori, folder tersebut akan menunjukkan dua pilihan: Telefon atau Kad.
  2. Klik dua kali ke folder telefon kerana ia akan menjadi lokasi tetap gambar anda.
  3. Buka folder gambar.
  4. Buka floder Screenshot untuk membuka gambar tersebut.
  5. Klik kanan dan pilih Copy.
  6. Tampal gambar tersebut di desktop anda.
  7. Klik kanan di gambar dan pilih Cetak.
  8. Pilih pencetak, saiz kertas, kualiti dan bilangan salinan.
  9. Klik Cetak
Read More  Cara Untuk Mempercepatkan Pergerakan Animasi Pada Peranti Android Anda!

Menggunakan Emel

Mencetak daripada telefon menggunakan emel lebih memudahkan jika anda mempunyai banyak mesej.

  1. Buka mesej yang anda ingin cetak.
  2. Pilih mesej yang ingin dicetak dan pilih salin mesej teks.
  3. Pergi ke aplikasi emel dan buka Compose Message.
  4. Tampal kembali mesej yang telah disalin.
  5. Taip alamat emel yang anda ingin hantar teks tersebut.
  6. Di PC anda, buka inbox emel dan salin mesej tersebut.
  7. Tampalkan di perisian Microsoft Word, kemudian klik File dan pilih Cetak. Laraskan tetapan mengikut pilihan dan pilih Cetak.

iPhone Kepada Pencetak

man with smartphone connected to printer

Sesuai untuk Iphone X, iPhone 8 atau iPhone sebelumnya

  1. Sahkan jika pencetak anda telah membolehkan fungsi AirPrint.
  2. Pastikan iPhone dan pencetak anda dihubungkan oleh rangkaian WiFi yang sama.
  3. Pergi ke gambar (screenshot) dan sentuh tiga titik, atau ikon aplikasi kongsi atau kotak biru (yang menunjukkan anak panah keatas)
  4. Sentuh cetak.
  5. Sentuh pilih pencetak dan pilih pencetak anda.
  6. Pilih berapa banyak salinan yang anda inginkan dan piilih cetak yang berada di bahagian atas kanan skrin anda.

iPhone ke Windows/Mac

Menggunakan emel dan Word

  1. Buka mesej yang anda ingin cetak.
  2. Pilih mesej yang ingin dicetak dan pilih salin teks mesej.
  3. Pergi ke aplikasi emel dan buka Compose Messsage.
  4. Tampalkan semua mesej yang telah disalin.
  5. Taip alamat emel yang anda ingin hantar.
  6. Di PC/Mac, buka inbox emel, dan salin mesej.
  7. Tampalkan di dokumen Word, kemudian klik File dan pilih Cetak. Laraskan tetapan dan cetak dokumen itu.

Cetak screenshots daripada iPhone ke Windows/Mac menggunakan kabel USB

Di Windows

  1. Hubungkan iPhone anda ke PC menggunakan kabel USB.
  2. Di iPhone anda, anda akan lihat notifikasi Trust atau Don’t Trust.
  3. Pilih Trust
  4. Kemudian, ia akan muncul ‘Tap to choose what happends with this device‘ dan pilih ia.
  5. Pilih Import photos and videos. Gambar anda akan disimpan di PC di bawah folder ‘My Pictures
  6. Cari gambar anda, dan klik kanan untuk memilih cetak.
Read More  Bagaimana Mahu Mengubah Bunyi Notifikasi Pada iPhone Anda?

Di Mac:

  1. Buka Gambar di Mac anda.
  2. Gunakan kabel USB anda untuk menghubungkan iPhone ke Mac.
  3. Klik Import di Iphone anda.
  4. Pilih gambar screenshot yang akan ingin hantar ke Mac.
  5. Klik Import XX Selected atau Import All untuk mula memindah.
  6. Pergi ke screenshot dan tekan tiga titik atau ikon aplikasi kongsi atau kotak biru (yang mempunyai anak panah ke atas)
  7. Pilih cetak.
  8. Pilih Select Printer dan pilih pencetak anda.
  9. Pilih bilangan salinan dan tekan cetak.

Sumber: lifewire

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...