CTRL+Enter Bakal Menjadi Kawan Anda!

0 92

Bagi URL yang berakhir dengan .com, anda boleh gunakan trik ini:

Selalunya, anda perlu menaip URL penuh yang bermula dengan www. untuk membuka sesebuah laman web bukan? CTRL-Enter adalah jalan pintas untuk mempercepatkan pencarian anda.

Contoh seperti di bawah:

  1. Klik di bar URL anda
  2. Taip “cnn” pada bar tersebut
  3. Tahan kekunci CTRL pada papan kekunci anda, dan tekan kekunci “Enter” pada masa yang sama.
  4. Pelayar anda akan membawa anda secara automatik ke www.cnn.com

Sekiranya anda menggunakan arahan CTRL-Enter ini dengan betul, anda hanya perlu menaip bahagian tengah alamat com. Trik ini hanya berfungsi untuk alamat Web yang berakhir di .com. Jika anda melawat laman web .edu, .gov, .co.uk, .net, .ca, anda perlu menggunakan cara manual dengan menaip penuh alamat tersebut.

Sumber: Lifewire

 

Read More  Cara Untuk Mengubah Saiz Storan Recycle Bin Di Windows 10

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...