Cara Untuk Mengubah Saiz Storan Recycle Bin Di Windows 10

0 60

#1 Mengubah Saiz Maksimum Recycle Bin

Recycle Bin mempunyai had maksimum amaun storan sebelum Windows memadam fail lama untuk memberi ruang baru. Contohnya, untuk storan sebesar 1TB hanya mempunyai saiz Recycle Bin sekitar 46GB.

Dan ya, setiap volum mempunyai Recycle Bin sendiri. Ia disimpan sebagai folder sistem tersembunyi yang dipanggil “$ RECYCLE.BIN”. Anda boleh lihat gambar di bawah.

 

Mungkin ada satu masa, anda ingin mengubah saiz storan. Anda boleh melakukannnya dengan right click ikon Recycle Bin di desktop anda dan klik ‘Properties’.

Anda akan melihat setiap jumlah yang disenaraikan. Pilih mana-mana storan volum yang anda ingin ubah dan tetapkan saiznya di bawah “Custom Size”.

#2  Hentikan Menggunakan Recycle Bin dan Pastikan Kesemuanya Dipadam Dengan Serta Merta

Jika anda inginkan fail dipadam dengan serta merta dan tidak tersimpan di bawah Recycle Bin.

Masih di tempat yang sama, pilih pilihan “Don’t move files to the Recycle Bin. Remove files immediately when deleted.”

Jika anda membolehkan pilihan ini, anda perlu juga menanda kotak  “Display Delete Confirmation Dialog.” supaya ia akan memberi anda amaran sebelum anda bersetuju untuk memadam fail yang tidak diingini.

#3 Tetapkan Masa Untuk Recycle Bin Memadam Fail

Ciri ini ialah ciri terbaru Windows 10 setelah anda mengemaskini sistem operasi. Anda boleh menetapkan berapa  hari, bulan atau tahun untuk proses memadam tersebut. Untuk membolehkan ciri ini, buka tetapan dan tekan WIndows+I supaya anda akan dibawa ke System>Storage, dan klik pautan “Change how we free up space automatically”.

Di halaman seterusnya, skrol ke bawah dan anda akan menjumpai bahagian “Temporary Files” dan membolehkan pilihan “Delete temporary files that my apps aren’t using”.Pilih menu dropdown di bahagian tersebut untuk menetapkan berapa hari yang anda ingin tetapkan.

Read More  Kenapakah Sesetengah Laman Web Mempunyai Amaran Pop-up Mengenai Cookies?

Sumber: howtogeek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...