6 Ciri Baharu Whatsapp Yang Anda Perlu Tahu

0 235

Whatsapp selalu keluar dengan ciri baharu untuk meningkatkan kepuasan pengguna aplikasi itu. Tahun ini juga, Whatsapp telah melancarkan begitu banyak ciri baharu untuk pengguna mereka.

 

#1  Pembayaran Whatsapp: Anda sudah boleh membuat pembayaran menggunakan Whatsapp

Setelah beberapa bulan proses pengujian dilakukan, kini Whatsap telah stabil dengan ciri ini bagi pengguna iOS dan Android. Ciri ini dikuasakan oleh UPI dimana anda boleh menghantar dan menerima wang. Untuk mengaktifkan fungsi ini, kedua-dua parti perlu mempunyai UPI untuk memudahkan proses menghantar dan menerima wang. Ciri ini baru sahaja diaktifkan untuk bank di luar negara dan berkemungkinan boleh digunakan di negara kita.

 

#2  Padamkan Untuk Semua Orang: Anda telah boleh memadam mesej anda

Semestinya anda pernah tersalah menghantar chat. Untuk menggunakan ciri ini, anda perlu memilih mesej yang ingin dipadam dan klik untuk memilih ikon “tong sampah”. Dahulunya, tempoh untuk memadam ialah dalam masa 7 minit tetapi kini anda boleh memadam mesej anda dalam masa 1 jam.

 

#3  Tambahan Ciri Penerangan Group: Anda sudah boleh menambah penerangan selain daripada nama

Ciri baharu ini membolehkan pengguna untuk menambah 500 karakter perkataan untuk butiran penerangan group. Sebelum ini, pengguna boleh mengubah dan menambah butiran group dan akan memaparkan sejarah penyuntingan di dalam group seperti (nama) mengubah nama group. Kini, jika anda memadam butiran lama juga akan dipaparkan di dalam group.

 

#4  Panggilan Group Video: Anda boleh menambah 4 orang dalam satu panggilan video

Dengan pengenalan ciri panggilan video di Whatsapp, pengguna boleh membuat panggilan video selain daripada mesej secara berkumpulan. Pengguna boleh menambah ahli baru untuk panggilan yang sedang dijalankan dengan menyentuh ikon yang terletak di bahagian atas kanan skrin.

Read More  Bagaimana Hendak ‘Scan’ Dokumen Menggunakan Aplikasi Notes di iPhone?

 

#5  Integrasi Whatsapp Youtube: Anda boleh memainkan video Youtube di dalam chat

Kolaborasi ini membolehkan pengguna untuk menonton video youtube terus di dalam chat anda. Dengan ciri terbaru ini, pengguna hanya perlu klik kepada pautan Youtube dan video tersebut akan dimainkan secara tersendiri.

 

#6  Berkongsi Lokasi Dengan Pengguna Lain

Whatsapp memperkenalkan lokasi siaran langsung pada tahun lepas dimana pengguna boleh menghantar lokasi kini mereka di mana-mana senarai kenalan mereka. Untuk berkongsi lokasi siaran langsung, pengguna perlu menyentuh ‘Location’ tab yang tersembunyi di bawah ikon ‘Attach’. Mereka anda dapat melihat pilhan baru iaitu ‘Share Live Location’. Pengguna boleh berkongsi lokasi untuk chat individu dan group. Gambar profil pengguna akan dipaparkan di bawah Peta apabila mereka menghantar lokasi siaran langsung kepada kenalan mereka.

Kredit: GadgetSnow

 

 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...