Apa yang Apple Boleh Buat Tetapi Android Tak Boleh?

0 95

Baru-baru ini, Apple telah melancarkan ios terbaru mereka iaitu ios 12. Namun, apakah yang membezakan sistem operasi ini dengan Android? Semestinya syarikat gergasi ini akan membuat kelainan dari fungsinya.

#1  Menapis mesej spam

Fungsi ini telah diwujudkan semasa pengeluaran ios 11. Fungsi terbaru ini sangat berguna kepada pengguna. Sistem operasi ini menggunakan pembelajaran mesin untuk menghasilkan ciri terbaru ini.

 

#2  Rakaman Skrin Suara Asli

Ia dapat merekodkan kandungan paparan peranti dengan input suara luar. Ia juga boleh membuat GIF menggunakan ciri ini.

 

#3  Mesej Dihubungkan Kepada Semua Peranti

Kesemua mesej telah dihubungkan dengan sokongan iCloud. Ini bermakna, kesemua peranti yang menggunakan ID Apple yang sama akan dapat melihat mesej-mesej yang disimpan dari telefon anda. Malangnya,, Android masih tidak mewujudkan ciri ini.

#4  Menghantar dan Menerima Wang Melalui Mesej

Sangat menarik! Anda boleh menghantar wang tanpa perlu ke bank hanya dari mesej. Tidak perlu susah-susah untuk memuat turun aplikasi atau mengakses di pelayar.

 

#5  Mengawal Bateri dan Prestasi Telefon

Apple memberi lebih kuasa kepada pengguna iPhone dengan membiarkan mereka mengendalikan prestasi bateri dan pemprosesan (processor), ciri yang belum tersedia pada telefon Android. Ciri ini telah wujud dari versi iOS 11.3 beta dan akan meluaskan lagi pelancaran ciri ini.

 

#6  Format Video Terbaru Yang Akan Menjimatkan Ruang

Pengguna Android hanya boleh mengambil gambar dan tidak dapat mengurangkan saiz video supaya kualitinya tidak terjejas. Tetapi Apple telah mencipta sejarah dengan versi sistem operasinya. Format terbarunya iaitu HEIF/HEVC boleh menjimatkan ruang storan dan masih  mengekalkan kualiti video anda.

Sumber: Gadgetsnow

Read More  Ciri Skype Terbaru Iaitu “Temuduga” Membolehkan Anda Menguji Calon Menggunakan Editor Kod Masa Nyata

 

 

 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...