Bagaimana Ingin Mengetahui Aplikasi Yang Melambatkan Prestasi Telefon Anda?

0 184

Disebabkan terlalu banyak aplikasi Android dan juga permainan yang berprestasi tinggi dan menggunakan grafik yang lebih hebat dilancarkan, ia mengakibatkan kapasti memori telefon pintar menjadi semakin terhad.

Oleh itu, banyak jenama telefon pintar melancarkan telefon memori 6GB atau 8GB RAM. Jika anda membeli telefon pintar yang mempunyai memori yang tinggi, semestinya anda akan mengalami paparan yang lebih lancar. Dan semestinya harganya lebih mahal. Tidak semua orang mampu untuk membelinya. Terdapat juga cara untuk mengenalpasti penggunaan memori aplikasi. Anda cuma perlu uninstall aplikasi tersebut untuk melajukan telefon Android anda. Ia juga boleh menambah hayat bateri anda.

Sebelum anda menyalahkan permaina atau mana-mana aplikasi yang berat yang mengakibatkan bateri anda cepat habis dan melambatkan prestasi telefon, semak dahulu aplikasi Facebook atau Instagram yang menjadi penyebab utama bateri dan RAM anda digunakan.

Di sini kami tunjukkan bagaimana untuk mengetahui aplikasi mana yang menggunakan banyak RAM dan melambatkan telefon anda:

  • Pergi ke tatapan
  • Skrol ke bawah dan sentuh storan/memori
  • Senarai ini akan menunjukkan ada ‘App usage’ untuk RAM dalam 3 tempoh masa — 3jam, 6jam, 12 jam dan 1 hari. Dengan informasi ini, anda akan dapat mengetahui peratusan RAM bagi kesemua aplikasi. Daripada informasi ini, anda boleh membuat keputusan untuk menghapuskan aplikasi itu atau tidak. Jika storan dalaman anda hampir penuh, jadi itulah sebabnya telefon anda menjadi semakin perlahan. Pastikan anda menyimpan sedikit ruang dalam storan dalaman telefon anda. Jangan lupa untuk restart kembali telefon anda setiap hari.

Sumber: gadgetsnow.com

Read More  Jejak Di Mana Rakan Anda Menggunakan Google Map!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...