Bagaimana Penjenayah Siber Boleh Menjejak Lokasi Anda Melalui Whatsapp Hanya Dari Gambar?

0 89

Anda suka jika anda di-stalk? Mungkin anda seorang yang tidak memandang privasi internet terlalu serius. Stalking ialah jenayah yang serius dan disebabkan kurangnya perhatian  mengenai hal ini, ramai orang mudah terjerat dengan ancaman dan tidak tahu bagaimana untuk mengatasi situasi ini.

Walaupun anda tidak aktif di media sosial, stalker masih boleh meneka lokasi tepat dengan hanya menghantar anda fail multimedia seperti gambar atau GIF di Whatsapp. Jerat ini boleh datang dari pelbagai jenis cara yang boleh memberikan anda perasaan ingin tahu untuk membukanya. Apabila anda klik pautan tersebut, anda akan diberikan gambar yang kelakar atau berita yang boleh mendedahkan lokasi anda.

Bagaimana ia berlaku?

Stalker tersebut akan menghasilkan satu pautan fail multimedia. Pautan tersebut dihasilkan dari klien IP log masuk (IP logger client). Terdapat banyak IP log masuk laman web yang terdapat carian Google. Kini, stalker akan menghantar pautan ke Whatsapp atau SMS anda dan menarik perhatian anda dengan mesej berbaur ingin tahu beserta pautan – boleh juga dipanggil sebagai clickbait. Setelah anda klik pautan tersebut, alamat IP anda akan automatik log masuk dan stalker akan mengetahui lokasi anda.  Stalker tersebut akan menggunakan servis IP Tracker  untuk mendapatkan lokasi tepat anda.

Anda jangan risau, tidak semua log masuk IP dan penjejak boleh memberikan lokasi tepat. Dan memerlukan beberapa kajian untuk mencari alatan yang terbaik untuk mendapatkan lokasi tepat anda. Tetapi anda juga penjejak yang senang mencari lokasi anda dari bandar mana-mana negeri dan juga dari menara telekom berhampiran.

Sebelum anda membuka pauran dari kenalan yang tidak dikenali, anda boleh menggunakan servis seperti ‘Getlinkinfo.com’ untuk menyemak samada ia dari log masuk IP atau tidak.

Read More  Macam Mana Skimmer Kad Kredit Berfungsi Dan Bagaimana Hendak Mengesannya?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...