4 Cara Untuk Anda Mengetahui Pencuri Internet

0 54

Anda pernah menghadapi situasi sebegini? Di sini kami senaraikan bagaimana untuk mengesan pencuri rangkaian WiFi anda:

#1  Rangkaian internet anda lambat

Adakah sambungan WiFi anda semakin perlahan? Adakah kelajuan internet anda telah berkurang sejak beberapa hari ini? Tetapi anda jangan menganggap internet anda menjadi perlahan disebabkan terdapat individu yang cuba menceroboh internet anda kerana ada juga faktornya disebabkan isu server atau masalah halangan dinding rangkaian.

#2  Mengesan Penceroboh Daripada Senarai Peranti Yang Disambung

Setiap peranti yang disambung ke rangkaian peribadi akan diberikan IP unik dan alamat MAC (ataupun ia  dinamakan sebagai nama) dan hanya boleh dilihat di senarai peranti yang disambung (klien) melalui tetapan router. Jadi, perhatikan jika terdapat nama yang anda tidak kenal atau pertambahan bilangan peranti, anda boleh mula membuat tindakan selanjutnya.

 

Bagaimana Untuk Menangani Masalah Ini?

#1  Tetapkan kata laluan WPA2 yang komplex

WPA2 bermaksud Wi-Fi Protected Access. WPA2 ialah versi terbaru dan lebih selamat daripada protokol sebelumnya seperti WPA, WEP. Sebagai seorang pengguna, anda perlu menetapkan sekuriti WPA2 di router Wi-Fi dan lindungi rangkaian anda dengan kata laluan yang kuat.

#2  Tukar maklumat akses router

Kebanyakan Wi-FI router didatangi dengan dua alamat IP seperti 192.168.1.1 atau 192.168.2.1 dan mereka boleh diakses dari mana-mana pelayan. Kebanyakan pengilang router menggunakan perkataan seperti ‘root’ dan ‘admin’ sebagai log masuk dan kata laluan apabila ingin mengakses tetapan router. Disebabkan ramai yang mengetahui maklumat log masuk ini, anda perlu menukar tetapan router. Anda perlu menukar maklumat log masuk router selain daripada perkataan ‘admin’.

#3  Sembunyikan SSID di router

Cara paling efektif untuk melindungi rangkaian anda ialah menggunakan cara ini. Ia memastikan supaya ia tidak muncul sebagai rangkaian yang boleh dihubungkan kerana anda perlu memasukkan alamat secara manual.

Read More  Lenovo dan Intel Mengambil Langkah Pertama Untuk Menghapuskan Kata Laluan Dalam Talian!

#4  Gunakan perisian mengawasi internet

Terdapat perisian seperti AirSnare yang anda boleh guna untuk memberitahu jika terdapat peranti asing yang ingin menyambung ke rangkaian anda.

 

Kredit: Gadgetsnow

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...