Windows 10: Anda Boleh Menghantar Teks Mesej Dari PC Anda

0 40

Baru-baru ini, Google mengumumkan aplikasi permesejan Android versi Web. Kini, Microsoft mengemaskini video di telefon pintar Android dimana ia bukan sahaja membolehkan pengguna menghantar, menerima dan menghantar teks mesej malah anda juga boleh berkongsi gambar, video dan apa-apa sahaja kandungan multimedia terus ke PC anda.

Apa yang anda perlukan:

  1. Anda haruslah mempunyai sistem operasi Windows 10.
  2. Mempunyai kabel USB atau sambungan WiFi untuk menghubungkan dengan telefon pintar anda.
  3. Telefon pintar Android. (Hanya berfungsi untuk telefon Android)
  4. Muat turun dan pasang ‘Your Phone app on your PC using Windows app store and Microsoft app on your Android smartphone’.

Menggunakan aplikasi ‘Telefon Anda’ untuk Windows:

  1. Buka aplikasi ‘Your Phone’  pada PC anda.
  2. Klik butang ‘Get Started’ dan pilih pilihan ‘Link Phone’.
  3. Masukkan telefon nombor anda dan tekan butang ‘send’ untuk menerima teks mesej daripada Microsoft.
  4. Apabila and amenerima teks mesej tersebut, sentuh kepada pautan dan muat turun aplikasi daripada pautan menggunakan Play Store.
  5. buka ‘microsoft apps’ dan sentuh pilihan ‘Get started’ untuk memulakan proses penggabungan.
  6. Log masuk menggunakan akaun Microsoft anda untuk menghubungkan ke PC. (Jika anda tiada akaun microsoft, anda boleh membuat satu akaun).
  7. Izinkan kesemua permintaan ke aplikasi dan pilih pilihan ‘return to home screen’.
  8. Sekarang, pergi balik ke PC dan klik pilihan ‘Messages’ untuk mula menghantar dan menerima teks mesej dari telefon pintar anda.

Kredit: gadgetsnow.com

Read More  Bagaimana Hendak Menggunakan Emoji di Photoshop?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...