Kenapa Anda Tidak Boleh Mengecas Telefon di Port USB Awam?

0 172

Kenapa Berbahaya?

Tunggu dulu,  jangan paranoid dahulu.

Masalah utama kami tidak menggalakkan anda mengecas telefon di port USB awam ialah kerana ia bukan sahaja menghantar kuasa pengecas malah ia juga boleh menghantar data. Disebabkan itulah, anda boleh menghantar fail dari telefon ke komputer anda.

Port pengecas boleh mencuba untuk mengakses data peribadi dan boleh menceroboh sekuriti sistem serta menghantar kod yang berbahaya di peranti anda.

Jika anda masih menggunakan telefon versi lama, anda perlulah lebih berhati-hati. Mujurlah, telefon yang dijual kini mempunyai keselamatan yang lebih terjamin apabila kita memasang kabel telefon ke port lain. Di iPhone, ia akan meminta anda untuk memilih “trust this computer” jika anda ingin membiarkan peranti itu diakses manakala di Android, ia perlu dibolehkan menghantar fail apabila disambungkan kabel. Kedua-duanya memerlukan izin anda untuk mengakses peranti ini.

 

#1 Dapatkan Adapter USB Untuk Mengecas Sahaja

Jika anda perlu mengecas telefon dari port pengecas USB, gunakan adapter ini untuk melindungi peranti anda. Jika anda pengguna Android, anda boleh membeli kabel yang hanya berfungsi untuk mengecas.

 

#2 Gunakan Pengecas Anda Sendiri di Mana-Mana Soket AC Berhampiran

Di sesetengah tempat, mereka menyediakan soket percuma untuk kegunaan pelanggan yang menawarkan kuasa AC dan port pengecas USB. Untuk keselamatan maksimum dan kelajuan pengecas maksima, jangan gunakan port pengecas. Plug pengecas anda di soket AC dan caj dari situ sahaja.

 

#3 Gunakan Powerbank

Powerbank sudah banyak dijual di kedai-kedai fizikal mahupun dijual atas talian. Daripada anda mencari tempat caj USB, lebih baik anda gunakan powerbank persendirian anda. Lebih selamat!

 

Read More  Bagaimana Mahu Membuatkan Panggilan Video Kelihatan Lebih Baik Pada Komputer Anda?

Kredit: Howtogeek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...