5 Aplikasi Percuma Untuk Menjimatkan Wang Anda Untuk Ke Kelas Bahasa Inggeris!

0 158

Jika anda membaca artikel ini, anda mungkin sudah tahu asas bahasa inggeris. Tetapi persoalannya, sejauh mana anda memahami bahasa ini? Sebelum ini, anda mesti sudah mengetahui dan familiar dengan aplikasi Dualingo. Kali ini, kami akan mendedahkan anda LIMA (5) APLIKASI PERCUMA UNTUK ANDA MEMPELAJARI BAHASA INGGERIS.

#1 LEARN ENGLISH BY BRITISH COUNCIL

LearnEnglish by British Council teaches english

British Council mempunyai satu portal yang bermanfaat yang dinamakan LearnEnglish dimana anda boleh mempelajari bahasa inggeris untuk semua peringkat.

Mulakan dengan ujian bahasa inggeris secara percuma yang mengandungi 25 soalan yang akan menguji sejauh mana kefahaman anda. LearnEnglish akan mencadangkan beberapa sumber berbeza dari portalnya untuk mencabar diri anda. Bagi mereka yang suka mendengar cara bahasa ini disebutkan, LearnEnglish juga menawarkan versi podcast untuk memudahkan anda mempelajari dari hanya mendengar.

Jika anda mencari tempat untuk mempelajari pembelajaran yang lebih spesifik, anda boleh pergi ke kelas Business English untuk menulis cara menguruskan emel untuk perniagaan.

#2 DO PEOPLE SAY (WEB): JANGAN GOOGLE FRASA, CARI DI SINI

 

Walaupun anda sudah mengetahui asas bahasa inggeris, masih menjadi masalah jika anda tidak mengetahui frasa yang tepat. Do People Say membuat carian di komen Reddit untuk mengetahui bagaimana kita menggunakan sesetengah frasa. Hasil carian ini juga termasuk dengan definisi ringkas daripada Wikitionary (salah satu kaedah terbaik untuk mempelajari loghat).

Kesimpulannya, laman web ini menunjukkan anda berapa kerap orang menggunakan frasa tersebut, konteks yang mereka gunakan dan maksud yang berbeza-beza untuk setiap frasa.

#3 TINYCARDS BY DUALINGO

learn english with tinycards by duolingo

Walaupun flash cards ialah cara yang lama untuk mengingati apa yang kita belajar, tetapi cara inilah yang paling berkesan. Dualingo telah mengaplikasikan kaedah ini kepada sebuah aplikasi yang dipanggil, Tinycards.

Read More  Aplikasi Android Yang Terbaik

Tinycards mempunyai koleksi kad “decks” yang dicipta daripada ahli komuniti dan editor dari tim Dualingo. Sebagai contoh, satu deck akan membantu anda mempelajari warna dalam bahasa inggeris.

Decks akan mengajar anda perkataan, tatabahasa dan aspek budaya menggunakan bahasa inggeris. Tinycards lebih baik digunakan dari aplikasi telefon tetapi berguna juga untuk digunakan dari laman web.

Muat Turun: Tinycards untuk Android| IOS (percuma)

#4 4CARDS (ANDROID): PELAJARI 4 PERKATAAN BARU DARI 4 MASA BERBEZA

Setiap hari, aplikasi ini akan memperkenalkan anda empat perkataan baru dalam bahasa inggeris, memberikan maksud, bagaimana ia digunakan dan menggalakkan anda membina ayat daripada setiap perkataan untuk membantu anda mengingati perkataan tersebut.

Empat perkataan tidak diberikan sekaligus dalam satu masa. Anda akan menerima satu perkataan pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam. Dengan menjarakkan masa di antara setiap perkataan, anda dapat mengelakkan informasi yang berlebihan dan berpeluang untuk mencuba perkataan baru sebelum berganjak ke perkataan seterusnya.

Muat Turun: 4Cards untuk Android (Percuma)

#5 SUBTLY (CHROME): BELAJAR PERKATAAN BARU SAMBIL MENONTON NETFLIX

Subtly ialah extension Chrom yang sangat berguna bagi mereka yang melanggan Netflix. Sambil anda menonton filem atau rancangan TC, anda dapat mempelajari perkataan baru. Muat turun extension dan pilih bahasa yang anda sudah tahu.

Di dalam Chrome, mulakan video di Netflix dengan sarikata bahasa Inggeris. Jika anda tidak mengetahui maksud untuk mana-mana perkataan, klik perkataan tersebut di sarikata untuk mencari maksud dalam bahasa yang anda tahu. Extension ini juga menawarkan pilihan untuk mendengar sebutan dengan betul dan tidak memerlukan telefon, TV atau PC untuk digunakan.

Muat Turun: Subtly untuk Chrome (Percuma)

Read More  Cara Terbaik Untuk Mendapatkan Kembali Fail Yang Telah Dipadam!

Kredit: Makeuseof

 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...