Dapatkan Microsoft Word dan Storan 1TB Onedrive Secara Percuma daripada Senarai Ini!

0 91

Walaupun sudah bertahun-tahun, Microsoft Word masih lagi digunakan secara meluas sehingga hari ini.

Di sini, kami senaraikan cara untuk mengakses Microsoft Word dan kesemuanya ialah PERCUMA :

WORD MOBILE

This Is How You Can Get Microsoft Word for Free microsoft word mobile windows

Muat turun: Word Mobile untuk Windows (Percuma)

Platform: Windows 8,10

Harga: Percuma

Word Mobile boleh dimuat turun dari mana-mana peranti Windows tetapi jika anda tidak dapat menghasilkan atau menyunting fail menggunakan aplikasi itu. Anda hanya boleh membuka dan membacanya.

Bagaimana untuk mendapatkan aplikasi ini? Hanya pergi ke Microsoft Store dan cari Word Mobile. Klik pautan di bawah dan buka di pelayar lain dan tekan butang muat turun untuk membukanya di komputer Windows anda.

 

OFFICE ONLINE

 

Platform: Windows, Mac, Linux

Harga: Percuma

Perkara pertama yang anda perlu tahu ialah anda tidak perlu bayar untuk Microsoft Word ini. Yang penting, anda mempunyai capaian internet. Ia juga dilengkapi dengan format serta fungsi penuh Microsoft Word, tidak seperti aplikasi lain yang mengehadkan fungsi-fungsinya.

 

OFFICE 365

 

Muat turun: Word Mobile untuk Windows (Percuma)

Platform: Windows, Mac, Android, iOS, Windows tablets

Harga: Free trial dan langganan berbayar (Bermula RM28.99 setiap bulan)

Jika anda memerlukan versi penuh aplikasi Word di PC atau Mac anda, anda boleh memilih untuk melanggan Office 365. Walaupun harga langganan aplikasi ini ditambah, tetapi ia masih berbaloi kerana anda boleh gunakan untuk banyak komputer beserta dengan pakej percuma yang sangat menarik!

Model langganan Office 356 bukan sahaja memberikan satu set produk Microsoft, malah syarikat ini menambah lagi kelebihannya iaitu 1TB storan OneDrive dan 60 Skyper word minutes.

Pakej Office 365 Home boleh didapati dengan harga RM41.43 setiap bulan dan RM414.64 untuk setahun. Jika anda merancang untuk berkongsi Office anda bersama ahli keluarga, pakej ini sangat sesuai untuk anda.

Read More  4 Sistem Akaun Yang Power Untuk Pemilik Bisnes

Ia boleh digunakan untuk 5 orang dan boleh muat turun Office Offline di lima komputer (PC atau Mac), lima tablet, lima telefon bimbit dan memperolehi 1TB storan serta 60 Skype minutes untuk setiap 5 pengguna tersebut. Anda juga akan mendapat tambahan ciri untuk Word Mobile di telefon pintar anda seperti:

 

Pakej paling termurah ialah Office 365 Personal berharga RM28.99 sebulan atau RM290.24 setiap tahun tetapi hanya boleh limit untuk seorang pengguna untuk storan, Skype minutes dan muat turun offline hanya untuk satu komputer, satu tablet dan satu telefon.

Jika anda tidak gemar dengan model langggan terbaru, anda boleh membeli Office dengan satu harga tetapi berbeza-beza nilai iaitu dalam lingkungan RM580.52  sehingga RM1658.70.

Pelajar juga boleh mendapatkan Office 365 secara percuma, hanya semak kelayakan di laman rasmi Microsoft. Malangnya, storan 1TB OneDrive hanya boleh digunakan untuk akaun sekolah anda dimana hanya pentadbir sekolah sahaja yang boleh mengakses dan mengubah kebenaran untuk mengakses.

Organisasi yang tidak berasaskan keuntungan (non-profit organization)  juga boleh mendapatkan Office 365 secara percuma.  Bagi golongan professional, anda boleh menyemak pelan terbaik untuk mendapatkan Office 365 for Business.

Kredit: Makeuseof.com

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...