Kini Anda Boleh Mendengar Google Go Membaca Resepi di Laman Web Sambil Memasak!

0 101

Google telah mengemaskini aplikasi terbaru mereka, Google Go baru-baru ini. Mereka menambah ciri baharunya iaitu membaca halaman laman web. Google Go ialah aplikasi yang ringan dan menjimat pelan data anda.

Menurut The Keyword, aplikasi ini diilhamkan oleh speech synthesis AI dan natural language processing dimana ia membolehkan Google Go membaca halaman laman web dengan kuat menggunakan suara sebenar manusia malah masih menjimatkan data anda.

Google Go boleh membaca halaman laman web lebih daripada 28 bahasa. Ciri ini sangat berguna bagi mereka yang ingin mempelajari bahasa baharu. Ia juga berguna untuk anda yang  ingin membaca artikel sambil bersenam atau anda yang ingin mengikuti  resepi daripada laman web ketika menyediakan makanan.

Read More  Katakan TIDAK kepada Kumpulan Whatsapp yang Menjengkelkan!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...