DC Daily: Berita Gembira Buat Peminat DC

258

Perkhidmatan langganan DC Universe kini akan membuka cawangan betanya dan bakal melancarkan DC Daily, sebuah program berita yang 100% berkisarkan DC. Platform DC Universe ini direka untuk menjadi halaman utama kepada gudang simpanan media syarikat yang besar tersebut. Platform ini boleh didapati di pelbagai peranti-iOS, Android dan peranti rumah seperti Apple TV, Amazon Fire TV dan Android TV.

Selain daripada rancangan animasi dan live-action, DC Universe turut memuatkan filem dan rancangan TV klasik termasuklah komik yang diadaptasikan yang diubahsuai supaya boleh dibaca di skrin tablet dan televisyen.

DC Universe juga akan mengendalikan ensiklopedia, forum, dan entri blog untuk membina komuniti atas talian peminat DC. Menurut syarikat, DC Daily akan menampilkan sepintas lalu tentang berita pada hari tersebut sebagai ciri yang mengkaji sesebuah topik seperti buku komik atau rancangan TV dan perbincangan panel tentang berita tersebut.

Kredit: The Verge

Read More  5 Aplikasi Antivirus Terbaik Untuk Telefon Jenis Android

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...