Whatsapp Mempunyai Ciri Baru Untuk Memastikan Perbualan Di “Whatsapp Group” Lebih Berkualiti

281

kredit: theverge.com

Kumpulan WhatsApp berguna untuk mewujudkan komunikasi antara satu sama lain terutamanya untuk menguruskan majlis atau mengetahui tentang perkembangan anak-anak anda di sekolah. Namun terdapat segelintir individu merasakan kumpulan WhatsApp menganggu ketenteraman mereka apabila terlalu banyak mesej perbualan masuk.

Oleh itu, kini WhatsApp kini akan memperkenalkan pilihan terbaru dan hanya boleh digunakan oleh admin kumpulan WhatsApp. Dan mesej akan dihantar hanya apabila dibenarkan oleh admin kumpulan. Ia mungkin perubahan kecil  tetapi dapat membuatkan aplikasi WhatsApp lebih berfungsi dan menarik minat pengguna.

WhatsApp terkenal dengan kumpulan perbualan yang menarik minat pelbagai pengguna dan telah menambah pelbagai ciri yang menarik. Ia juga kini telah memperkenalkan deskripsi kumpulan yang mempunyai ciri alat anti-spam dan ciri yang menunjukkan balasan dan sebutan pengguna dan menyebabkan aplikasi ini lebih menarik daripada aplikasi perbualan yang lain.

Untuk mengggunakan ciri ini di aplikasi WhatsApp terdapat  beberapa langkah mudah yang boleh diikuti:

  1.  Buka “Info Kumpulan” di dalam kumpulan perbualan.
  2.  Pergi kepada tetapan kumpulan dan klik “hantar mesej”
  3.  Pilih “hanya admin”

Dengan ciri ini nescaya kita tidak diganggu lagi dengan perbualan kosong dan bunyi notifikasi mesej yang masuk berulang-kali. Selamat mencuba korang.

Sumber: theverge.com

Read More  Aplikasi SuperAwesome: Alternatif Youtube untuk Kanak-kanak

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...