Naik Taraf Google Gmail Anda dengan Kemas Kini Terbaru!

304

Google mendedahkan suatu lagi kemas kini terbaru Gmail yang merupakan kemas kini besar-besaran pertama dalam sejarah perkhidmatan emel tersebut. Kini terdapat ciri Confidential Mode yang membolehkan tarikh luput, kod laluan dan beberapa ciri keselamatan lain ditetapkan untuk emel. Ikuti langkah-langkah ini untuk mengemas kini emel peribadi anda sekarang.

Naik taraf Tetapan

Pergi ke Settings.cog. Pilihan Try the New Gmail akan dapat dilihat di pilihan pertama. Setelah anda klik pilhan tersebut, emel anda akan mengambil masa beberapa saat untuk refresh.

Pilih pandangan yang dikehendaki untuk emel anda

Pandangan Default akan memaksimumkan maklumat dalam satu-satu mesej. Anda akan dapati ikon-ikon di bawah setiap mesej, contohnya, merujuk kepada setiap lampiran termasuklah nama dan format fail.

Comfortable akan memaparkan lebih banyak emel dalam satu halaman, dengan ikon klip kertas di sebelah mana-mana emel yang mengandungi lampiran. Tab-tab anda akan kelihatan sama seperti dalam mod Default.

Menukar Kembali

Jika anda bosan dengan susun atur terbaru ini, jangan risau. Buat masa sekarang, anda masih lagi boleh menukar kembali kepada susun atur yang lama. Pergi ke Settings cog. dan anda akan dapati pilihan Go back to the classic Gmail sebagai pilihan pertama.

Ciri ini hanya tertakluk kepada emel peribadi sahaja manakala untuk emel kerja, anda perlu rujuk kepada pentadbir anda untuk mendapatkan akses melalui Google Admin.

Kredit: Mashable

Read More  Ketuhar Gelombang Mikro Pilihan Wanita-Wanita Di Malaysia

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...