Google Sedang Membangunkan Satu Lagi Aplikasi Baru. Apakah ia?

251

Google kini sedang membangunkan sebuah aplikasi baru untuk mencari dan memainkan podcast. Dikenali dengan nama Shortwave, aplikasi ini membenarkan pengguna untuk mencari, mengakses, dan memainkan fail digital audio serta berkongsi pautan ke fail audio.

Menurut wakil Google, aplikasi tersebut memfokuskan kepada ucapan. Tidak banyak maklumat awam yang mampu diperoleh berkenaan aplikasi ini walaupun Google telah memuatkan ciri keterangan pintar, terjemahan, dan beberapa ciri yang dibantu artificial intelligence dalam beberapa produk podcast yang telah dilancarkan.

Wakil Google turut menekankan bahawa aplikasi tersebut sedang dibangunkan dalam program inkubator Area 120 dan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana produk Google yang wujud. Aplikasi ini dikatakan boleh membantu pengguna mengenali dan menggunakan audio ucapan dalam pelbagai cara yang baharu.

Kredit: The Verge

Read More  Bersenam Boleh Dapat Duit?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...