Apabila PC atau telefon bimbit anda terkena virus sudah pasti akan merisaukan anda. Tetapi pernahkah anda tahu tentang LIMA (5) jenis virus komputer yang popular dan boleh menyebabkan komputer anda mengalami kerosakan yang agak serius.
#1 The Morris Worm
kredit: Google Images
The Morris Worm merupakan malware pertama yang mendapat liputan secara besar-besaran di media masa pada waktu itu. Pada 2 November 1988, virus ini dilepaskan dalam masa 24 jam dan dijangka 10% komputer yang disambungkan dengan internet akan terkesan akibat virus ini. Malware ini juga memperlahankan ribuan sistem dan mereka fail sementara yang direka sendiri.
Komputer anda juga terpaksa dibiarkan selama 90 minit selepas terkena virus ini sehingga perisian itu dipulihkan. Ada juga yang berpendapat yang virus ini memakan selama 2 hari untuk dipulihkan. Ia mungkin juga memakan masa yang lama untuk memulihkan setiap sistem yang terkesan.
Virus jenis ini bukanlah bermaksud untuk merosakkan sebarang sistem tetapi mengikut pereka program ini dia hanya ingin mencuba saiz kapasiti internet. Akibat kesalahan kod yang dijangka menelan kerugian sebanyak RM 200,000 per institusi. Ia juga boleh mencapai kerugian sehingga RM 100,00000000.
Morris kini menjadi pakar penggodam terkenal di dalam dunia dan ditemui bersalah dalam Akta kesalahan komputer dan Akta Penderaan 1986. Dia juga di kenakan kompaun berjumlah RM 40,000 dan ditahan di penjara selama 3 tahun dan 400 jam komuniti servis.
#2 Melissa Virus
kredit: Google Images
Virus akibat dari perkataan bukanlah suatu perkara yang baru. Concept ialah pengerak utama Melissa virus. Fail perkataan yang yang dimuatnaik melalui kumpulan perbincangan Usenet pada Mac 1999. Ia juga mengandungi senarai kata kunci 80 laman web lucah dan boleh bayangkan berapa orang yang akan memuatnaik senarai ini. Jadi boleh selepas memuatnaik senarai ini anda akan automatik menghantar virus ini kepada 50 kenalan alamat buku Microsoft Outlook anda.
Ia juga akan dihantar melalui fail perkataan, ia juga akan dihantar kepada kenalan anda dan kos pembaikpulih dijangka mencecah 80 juta untuk memulihkan sistem yang terkena virus ini. Melissa virus dinamakan sempena nama perekanya iaitu David L Smith di Florida. Setelah dipenjarakan selama 10 tahun, Smith mereka jenis virus ini bukan untuk mendapatkan pendapatan. Kini dia membantu FBI untuk menangkap penggodam dan segala bayaran sewa, insurans dan utiliti ditanggung sepenuhya.
#3 ILOVEYOU
kredit: Google Images
Tiga perkataan ini mungkin anda ingin tetapi bukan dari bentuk ini.
Ia juga seperti Melissa virus tetapi lebih serius jika terkena jenis virus ini. Ia juga virus yang disebarkan melalui emel yang diletakkan subjek “ILOVEYOU”. Ia selalunya datang dengan satu fail yang berjudul “LOVE-LETTER-FOR-YOU.txt.vbs”. Setelah anda membuka fail ini ia akan dihantar oleh setiap kenalan Outlook anda menjadikan virus ini yang paling laju tersebar pada masa itu. Ia juga dikatakan mencapai 50 juta pengguna dalam masa 10 hari.
Lebih menyusahkan jikan terkena virus ini keseluruhan fail anda akan rosak. Jika anda tidak mempunyai salinan fail anda mungkin terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada fail anda dalam bentuk JPEGs, audio, CSS, HTA dan JSE. Ia juga menghilangkan segala maklumat peribadi anda terutamanya kata laluan dari internet. Pada tahun May 200, setelah beberapa jam virus ini tersebar telah menyebabkan beberapa pejabat terpaksa ditutup seperti syarikat Pentagon dan Ford Motor. Kos 60 billion ringgit dijangka akan dikenakan oleh setiap firma seluruh Amerika untuk memulihkan sistem yang terkesan virus ini.
#4 MyDoom
kredit: Google Images
Merupakan virus yang paling cepat tersebar. Virus jenis dan variasinya mencecah 154 billion ringgit kos kerosakan untuk memulihkan sistem.
Virus ini bergerak seperti ILOVEYOU dengan menghantar emel yang terdapat di sistem penghantaran emel anda. Setelah anda membukanya satu fail ini akan menyebabkan virus tersebar dan ia menghantar emel yang mengandungi virus ini kepada setiap kenalan outlook anda.
Ia juga akan menyebabkan setiap peranti adan yang terdapat dalam perisian anda terganggu oleh virus jenis ini. Yang paling menakutkan virus ini mempunyai satu sistem di mana membolehkan penggodam data anda dengan cara mudah.
Selain itu ia juga mewujudkan kekecohan dalam internet apabila ia akan menyerang dalam bentuk (DDos)’d seperti SCO Group dan Microsoft. Ia juga melumpuhkan enjin pencarian anda dan sistem yang sedia ada dalam komputer anda. Perekanya masih belum ditemui tetapi mengikut titik prolifik ia berasal dari Russia.
#5 WannaCry
kredit: makeuseof.com
Ia menjadi satu fenemone pada tahun 2017, apabila walaupun beberapa hari sahaja virus ini disebarkan membuatkan hampir 200,000-300,000 komputer mengalami kerosakan. Ia merupan virus yang kejam dan menelan perbelanjaan sehingga 240 juta ringgit untuk memulihkan sistem anda. Jika komputer terkena virus ini skrin komputer akan terkunci dan menunjukkan amaran berwarna merah sehingga virus dalam fail anda dipulihkan sepenuhnya.
Namun begitu, Microsoft sempat mengatasi masalah ini dan terdapat beberapa mangsa virus ini seperti Pusat Servis Kesihatan di United Kingdoma yang masih menggunakan sistem operasi yang lama seperti OS dan Windows XP.
Kesimpulannya anda perlu mengetahui cara untuk mengatasi masalah virus komputer anda dan jangan mudah gelabah jika terkena virus- virus ini. Hal ini terdapat beberapa langkah yang boleh dibuat iaitu:
- Memasang perisian anti-virus dalam komputer anda.
- Mempunyai salinan setiap fail penting anda.
- Menyimpan salinan setiap fail penting anda daripada terkena ransomware.
Sumber: makeuseof.com
Komen