Google Masih Mengesan Anda Walaupun “Location History” Anda Ditutup

136

Associated Press melaporkan baru-baru ini bahawa Google masih lagi mampu mengesan lokasi anda melalui perkhidmatan seperti Google Maps, kemaskini cuaca, dan pencarian di pelayar. Dengan menutup Location History, anda sebenarnya hanya menghentikan Google daripada memaparkan gerak geri dalam ciri masanya.

Namun begitu, terdapat cara untuk menghentikan Google daripada mengesan anda; hanya tukar tetapan dan tutup Web and App Activity.

Sekiranya anda menghentikan Web and App Activity¬†yang ditetapkan secara automatik, Google tidak lagi boleh menghantar Snapshot keberadaan anda daripada data “Maps” dan pelayar akan mencari titik koordinat GPS yang paling tepat.

Selagi anda membolehkankan “Web dan App Activity” dipasang, Google akan sentiasa mengesan lokasi dan merekodkannya. Anda boleh memadam rekod ini dengan pergi ke My Activity dan klik data yang diingini. Anda juga boleh memadam banyak data pada satu-satu masa yang diasingkan mengikut tarikh atau perkhidmatan web.

Kredit: The Verge

Read More  Trik Terbaru! Kini, Anda Boleh Akses Permohonan BRIM Dari Telefon Pintar Anda Tanpa Perlu Muat Turun Aplikasi!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...