Android 9 Pie (Go Edition) Akan Muncul Pada Musim Luruh Ini

184

 

kredit: Google Images

Dengan kewujudan Android Pie  di pasaran pada masa kini, Google sedang menyiapkan diri untuk melancarkan satu fungsi baru yang menjimatkan tenaga iaitu Android 9 Pie (Go edition).  Keluaran terbaru ini dijangka akan dikeluarkan  menjelang musim luruh.

Seperti Anroid Oreo (Go Edition), keluaran terbaru ini didatangi dengan OS yang berfungsi secara penuh dan direka untuk menguruskan peranti sehingga 1GB RAM. Jenis perisian ini juga didatangkan dengan kos yang lebih rendah dan mempunyai pelbagai pilihan untuk perkembangan pasaran.

Selain itu juga, ia juga bertindak dengan lebih cepat berbanding Android biasa dan menjimat ruang memori telefon bimbit anda. Fungsi terbaru ini juga dilengkapi dengan faktor keselamatan di skrin papan dan papan muka yang boleh memantau data secara mudah.

Di samping itu juga, terdapat beberapa individu yang mengemaskini Aplikasi Go akan membuatkan mereka boleh membaca isi kandungan laman web di Google Go dan navigasi di Maps Go.

 Mengikut Google juga, Android (Go edition) kini boleh didapati lebih dari 200 peranti dan digunakan pada 120 buah negara.

Sumber: techcrunch.com

Read More  Membuat Bayaran Melalui Google Pay

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...