Whatsapp Kini Tidak Lagi Bergantung Kepada Ruang Simpanan Google Drive Anda

267

Berita baik bagi semua pengguna Whatsapp! Bermula November, anda tidak lagi perlu lagi mengorbankan ruang simpanan Google Drive anda untuk membuat backup mesej-mesej Whatsapp anda.

Sehingga kini, sebarang data tentang Whatsapp telah disalin dan disimpan ke dalam Google Drive berdasarkan ruang yang anda ada di storan tersebut. Namun begitu, kini aplikasi yang dimiliki Facebook itu telah mendapatkan kelebihan dengan penyimpanan backup secara percuma dalam ruang storan atas talian itu. Ia merupakan cara berkesan untuk mengesan dan menyimpan mesej-mesej anda walaupun telefon pintar anda hilang atau rosak.

Penting untuk anda ambil tahu di sini bahawa mesej-mesej lama yang tidak dikemas kini oleh Whatsapp backup lebih daripada setahun pada November 2018 akan dilupuskan serta-merta. Penyalinan mesej disarankan menggunakan WiFi kerana saiz fail backup berbeza-beza dan mungkin akan memakan terlalu banyak data mudah alih sekaligus menambah bebanan bil.

Kredit: The Verge

Read More  Jejak Di Mana Rakan Anda Menggunakan Google Map!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...