Akhirnya Grab Telah Membenarkan Penggunanya Menangkap Gambar Untuk Pemandu Mengesan Lokasi Anda

273

kredit: vulcanpost.com

Pada tahun 2017, Grab telah melancarkan GrabChat sebagai fungsi untuk berbual untuk membenarkan pengguna dan pemandu untuk berhubung antara satu sama lain.

Hal ini kerana pada masa yang sama, aplikasi perbualan ini digunakan oleh pemandu untuk memberitahu penumpang tentang ketibaan mereka atau penumpang untuk menjelaskan kepada pemandu untuk memberitahu tentang lokasi mereka.

Kini, pemandu Grab boleh berkongsi untuk memberitahu lokasi mereka secara tepat dan penumpang dapat menjimatkan masa daripada menaip mesej penuh kepada pemandu. Mengikut Grab, 33 peratus tempahan dari Singapura menggunakan GrabChat, dan tempahan GrabChat terbukti mengurangkan pembatalan 50% sepanjang Asia Tenggara.

Selain itu, kekerapan penumpang untuk membatalkan pemandu telah berkurang sebanyak 40% dalam Singapore. Syarikat Grab juga percaya bahawa peratus pembatalan dan meningkatkan perkhidmatan daripada aspek pemandu dan penumpang. Grab merupakan aplikasi pertama yang mempunyai ciri perkongsian gambar.

Dengan perkongsian gambar juga dapat menambahkan ketepatan lokasi peta. Sebagai contoh, daripada menghantar mesej kepada pemandu “ambil di hadapan pusat membeli belah Y” , anda boleh mengambil gambar untuk ketepatan lokasi dan meningkatkan tahap¬† POIs mereka.

Oleh itu Grab juga percaya perkhidmatan mereka dapat digunakan secara meluas dengan ciri terbaru ini. Anda juga tidak perlu membatalkan tempahan pemandu Grab jika menunggu terlalu lama. Selamat mencuba korang.

Sumber: vulcanpost.com

Read More  WhatsApp Telah Menamatkan Sokongan Untuk Beberapa Telefon Dan Sistem Operasi Yang Lama!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...