Mod Gelap Kini Didatangkan dalam Versi Terbaru Android Messages

212

Versi seterusnya untuk Android Messages akan membawakan anda paparan yang dikemas kini serta ciri mod gelapnya yang baharu. Paparan ini tampak lebih kemas dan menyingkirkan beberapa warna latar belakang yang hambar. Terdapat juga alatan “Enable Dark Mode” yang membenarkan anda menukar latar belakang putih kepada hitam dan menggelapkan teks anda.

Selain daripada ciri mod gelap, perubahan terbesar yang lain termasuklah fon tulisan yang baharu serta butang biru besar “Start Chat” yang terdapat di penjuru kanan bahagian bawah digantikan dengan simbol “+”. Tambahan lagi, buih mesej anda akan tetap biru tidak kira mod yang telah ditetapkan. Namun beitu, ciri seperti pilihan untuk memilih warna buih perbualan atau menukar warna Contacts anda telah dilenyapkan.

Google menaiktaraf kesemua aplikasinya dengan tujuan untuk memenuhi skema Material Design yang telah dilancarkan awal tahun ni menyebabkan aplikasi-aplikasinya memperoleh paparan dan rekaan yang baru, moden dan lebih terkini.

Kredit: The Verge 

Read More  Sokongan JavaScript, Acquia Membolehkan Pemaju Membina Aplikasi Web Yang Menggabungkan Kandungan Dan Data!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...