Bagaimana Untuk Menjejak Barang Yang Anda Tempah Di Atas Talian Dan Tempoh Penghantaran Dengan Hanya Menggunakan Satu Aplikasi

188

Jika anda jenis individu yang suka membeli di atas talian seperti di Amazon, untuk menjejak barang menjadi lebih senang apabila anda hanya boleh bertanya terus kepada pihak yang terlibat. Selain itu untuk mengetahui lokasi bungkusan anda, anda boeh bertanya kepada Echo dan ia akan menunjukkan di mana lokasi bungkusan anda. Masalah akan muncul apabila anda membeli pelbagai barangan di atas talian dengan menggunakan variasi laman web membeli belah atas talian kerana anda akan mudah hilang jejak untuk mengetahui lokasi dan jangkaan masa bungkusan anda akan sampai. Jadi lupakan masalah anda kerana kami akan berkongsi satu aplikasi yang dapat menyelesaikan masalah di atas dengan mudah.

 

Untuk Pengguna IOS : Arrive

Arrive by Shopify

kredit: Google Images

Untuk menggunakan aplikasi Arrive, anda perlu mendaftar akaun Google kerana aplikasi ini tidak menyokong dengan cara yang lain. Apabila anda mendaftar akaun ini, anda perlulah membuka notifikasi supaya anda mengetahui jangka masa barangan atas talian akan sampai.

Dengan langkah seperti itu, aplikasi Arrive akan menghantar penyegerakan jejak informasi terus kepada e-mel anda. Jika anda lebih dari satu alamat e-mel ketika menempah barang di atas talian, anda boleh menambah akaun anda tetapi mestilah daripada akaun Google.

Apabila anda penyegerakan akaun anda, aplikasi ini akan menanda barangan yang telah sampai di akaun e-mel anda. Jika anda ingin menambah tempahan yang tidak termasuk dalam akaun Gmail anda, anda juga boleh memasukkan nombor jejak barangan secara manual. Arrive juga boleh menyegerakan setiap pembelian di atas talian anda daripada laman web atas talian yang popular seperti Amazon, eBay dan Walmart serta lebih 4000 jenis laman web yang menjual barangan atas talian.

Read More  Bagaimana Hendak Menetapkan Nada Dering Yang Berbeza Untuk Setiap Kad Sim Anda Di Peranti Android Anda?

 

Untuk Pengguna Android: ParcelTrack

Image result for parceltrack app

 

kredit: Google Images

ParcelTrack berfungsi berbeza daripada aplikasi Arrive. Ketika anda mendaftar akaun percuma aplikasi ini, anda akan diberikan alamat spesifik untuk memiliki notifikasi akaun peribadi ParcelTrack. Apabila anda menerima emel tentang informasi barangan anda, anda boleh terus e-mel secara terus  kepada akaun peribadi ParcelTrack  anda dan setiap maklumat tentang barangan anda akan ditambah.

Anda juga boleh membenarkan notifikasi untuk mengetahui sama ada barangan yang anda kirim berjaya atau tidak dihantar. Anda juga boleh transit barangan anda tetapi anda mestilah menaiktaraf ke akaun premium. Jika telefon bimbit anda menyokong ciri ini, anda boleh meletakkan nombor untuk menjejak barangan anda secara automatik dengan membuka aplikasi ParcelTrack dengan mengisi setiap maklumat anda.

Aspek Keselamatan Dan Privasi

Dengan menggunakan aplikasi jenis ini, anda akan bertanya tentang aspek keselamatan dan privasi. Sudah anda tidak mahu kecurian data berlaku dan anda terjebak dengan masalah jenayah siber yang makin kerap berlaku. Oleh itu, sebelum mendaftar aplikasi ini anda perlulah memahami terma dan syarat sebelum mengisi maklumat berkaitan dengan diri anda.

Kesimpulannya, teknologi yang makin berkembang banyak membantu manusia untuk memudahkan kehidupan harian kita. Jadi lepas ini tidak tertunggu-tunggu lagi untuk mendapatkan barangan atas talian anda.

Sumber: makeuseof.com

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...