kredit: techcrunch.com
Samsung tidak hanya mengeluarkan peranti baru seperti Galaxy Home, Galaxy Watch and keluaran terbaru iaitu Galaxy Note 9 dan juga mengumumkan berkerjasama dengan Spotify sebagai rakan kongsi.
Dengan tujuan untuk mereka peranti Samsung yang mempunyai pengalaman mendengar muzik tanpa rentas termasuk keluaran yang terbaru ini. Ciri terbaru ini juga mempunyai fungsi yang membenarkan anda memainkan muzik langsung dari telefon anda kemudian menukar ke fungsi televisyen dengan menukar ke Galaxy Home.
Integrasi ini juga membenarkan anda memainkan Spotify secara terus dari Samsung Smart V dan aplikasi SmartThings juga meningkatkan integrasi antara Spotify dan bantuan pembantu suara Samsung Bixby. Ia juga menyenangkan pencarian Spotify dan dengan bantuan Bixby untuk mencari muzik pilihan anda.
Di samping itu, Spotify juga akan menjadi sebahagian daripada perkakasan lengkap pada peranti Samsung.
kredit: techcrunch.com
Untuk Spotify, usahasama ini juga lebih berkesan menjadikan pengalaman muzik ini lebih disukai dengan mengunakan peranti Samsung. Ia juga akan menampakkan perbezaan antara jenama Samsung dan Apple yang lebih fokus kepada peranti baru iaitu HomePod.
Pengarah Urusan Eksekutif Spotify, Daniel Ek bercakap tentang usahasama ini akan membantu Spotify menjadi antara aplikasi muzik pilihan di seantero dunia apabila bergabung dengan jenama Samsung yang mencecah jutaan pengguna dengan aplikasi terbaru ini.
Sumber: techcrunch.com
Komen