Pokemon Go akan Didatangkan Dengan Ciri Baru Yang Mengujakan!

0 60

Syarikat pengasas permainan Pokemon Go, Niantic, menambah ciri usaha Penyelidikan Khas (Special Request) yang kedua dalam permainan itu pada 20 Ogos 2018.

Set terakhir SQ yang pertama membuka kunci Mew daripada generasi pertama permainan Pokemon manakala set kedua pula akan membawa keluar Celebi Generasi Kedua.

Ini bukanlah kali pertama kemunculan Celebi. Sebelum ini, peserta Go Gest yang diadakan pada Julai yang lalu memperoleh peluang untuk menangkap Celebi sebulan sebelum mereka yang lain.

Celebi mengekalkan ciri istimewanya dalam permainan yang lalu di mana anda perlu melakukan sesuatu yang istimewa untuk berhadapan dengannya. Berlainan berdasarkan permainan, kadang-kala anda perlu melakukan perkara fizikal di dunia nyata untuk berhadapan dengan generasi kedua Pokemon itu.

Mereka yang telah melakukan penyelidikan Go Fest boleh mula bermain, memberikan peluang dan lebih banyak masa kepada mereka untuk mengumpul gula-gula buat Celebi yang telah ditangkap.

Sekiranya anda masih belum menyempurnakan Penyelidikan Khas Mew, jangan risau. Anda boleh bermain serentak. Bertujuan untuk memberikan lebih keseronokan kepada Pokemon Go, multi-tasking ini semestinya membuatkan anda tak senang duduk dan ingin mula bermain sekarang.

Kredit: Tech Crunch

Read More  Cara Untuk Menyekat Iklan Di Youtube!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...