Robot Ini Membantu Kanak-Kanak Yang Mempunyai Autisme

93

MzEwNzgxNQ

kredit: techcrunch.com

Pernah terfikir jika sebuah robot dapat membantu kanak-kanak autisme dalam kehidupan? Kini kanak-kanak austisme tidak akan lagi keseorangan tanpa rakan permainan kerana terdapat sebuah robot yang dapat membantu anak-anak anda untuk bermain dan menjalani kehidupan seharian.

Sebuah bot kecil yang dinamakan  QTrobot daripada LuxAI menjadi perantara di antara terapi, ibu bapa dan kanak Рkanak autism. Jenis robot ini juga mempunyai ciri muka LCD dan tangan robotik yang membenarkan kanak-kanak merasak seolah-olah menyentuh tangan manusia sebenar semasa menjalani rawatan terapi.

Projek ini juga datang dari jenis LuxAI dan kerjasama dengan Universiti Luxembourg. Mereka akan membentangkan data mereka di konferens RO-MAN 2018 pada akhir bulan ini. Robot jenis ini juga akan mengurangkan panik kanak-kanak yang menghadapi autisme dan para pengkaji boleh melihat kelakuan mereka melalui pergerakan tangan sebagai contoh akan dapat mengurangkan pergerakan robot ini.

Menariknya, robot ini merupakan pilihan yang terbaik untuk kanak-kanak daripada aplikasi atau tablet. Hal ini kerana ia “lengkap” mengikut kajian ia dapat menarik perhatian kanak-kanak autisme dan meningkatkan kadar pembelajaran berbanding kaedah yang lain. Misalnya kanak-kanak ini dapat bermain perkataan bersama robot ini.

Selain itu, robot ini juga mempunyai isi kandungan tersendiri dan mudah untuk diprogramkan. Ia juga boleh berlari pada jangka masa yang lama dan mempunyai ciri kamera 3D dan pemprosesan secara penuh.

Para pengkaji mengetahui bahawa robot ini bukan hanya memfokuskan terapi tetapi membantu proses pemulihan bersama dengan pesakit. Ini membuktikan teknologi dapat membantu manusia untuk mengubati penyakit dan seiring dengan revolusi industri yang keempat.

Sumber: techcrunch.com

Read More  Adakah Telefon Pintar Anda Mengecas Lebih Cepat Menggunakan Mod Pesawat?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...