Google Sedang Membangunkan Sokongan bagi Alat Bantuan Pendengaran untuk Android

0 79

Alat bantuan pendengaran telah lama boleh dihubungkan dengan telefon pintar tetapi fragmentasi Android yang berbeza menyebabkan sukar bagi pengusaha alat bantuan pendengaran untuk menghasilkan sokongan kepada peranti Android. Kini, Google tampil memberi jalan penyelesaian dengan usahanya untuk membangunkan sokongan bagi alat bantuan pendengaran untuk Android.

Google mengumumkan bahawa syarikat itu akan bekerjasama dengan pengusaha dari Denmark untuk menghasilkan spesifikasi baru untuk telefon pintar Android yang dipanggil  ASHA, atau Audio Streaming for Hearing Aids. Ianya direka untuk baterinya bersifat efisiyen di samping menyediakan audio berkualiti tinggi dengan kelewatan pemindahan maklumat yang rendah. Alat bantuan pendengaran yang menggunakan spesifikasi ini akan mampu berhubung dan stream dari peranti Android tanpa perlu menggunakan peranti perantara. ASHA membolehkan alat bantuan pendengaran Bluetooh digunakan sama seperti fon telinga, untuk membuat panggilan ataupun untuk mendengar muzik.

Google juga telah menerbitkan protokol spesifikasi atas talian yang baharu untuk pengusaha alat bantuan pendengaran membangunkan sokongan alat bantuan pendengaran buat Android.

Kredit: The Verge

Read More  Bagaimana Nak Menghentikan Uber Dari Menjejaki Lokasi iPhone Anda Apabila Anda Tidak Menggunakan Aplikasi Tersebut?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...