5 Laman Web Yang Boleh Mencari Review, Perbandingan Dan Membuat Keputusan Sebelum Membeli

0 58

Membeli atas talian merupakan yang mudah dan menyenangkan untuk kita membeli belah hanya di hujung jari. Namun begitu, masalah akan timbul apabila anda ingin membuat perbandingan harga dan kualiti barang yang ingin dibeli. Jadi kami akan berkongsi LIMA (5) laman web yang dapat membantu anda untuk mencari review, perbandingan dan membuat keputusan sebelum membuat keputusan membeli barang.

 

#1 The Wirecutter: Review Yang Boleh Dipercayai

new homepage on computer screen kredit: Google Images

The Wirecutter telah berfungsi untuk jangka masa yang lama dan telah dinaiktaraf apabila laman web ini dibeli oleh The New York Times. Anda boleh mencari artikel berkaitan dengan barangan dan tips membeli barang di atas talian.

Laman web ini juga mendapat kepercayaan daripada pelbagai pelanggan. Bagi setiap kategori, akan mengupah pekerja yang pakar dalam membuat review barangan dari setiap barangan di atas kertas. Setiap review juga akan diberikan berdasarkan bajet yang diberikan oleh pengguna yang lain.

Laman web The Wirecutter juga merangkumi pelbagai topik seperti elektronik, dapur, makanan dan kesihatan. Oleh itu akan memudahkan anda untuk mengenalpasti barang sebelum membeli barangan.

#2 Best Best List: Produk Harian Yang Terbaik

5 Sites to Find Product Reviews, Compare Anything, & Decide What to Buy bestbestlist

 kredit: makeuseof.com

Setiap pengguna tidak selalunya meluangkan masa mereka untuk melihat perbandingan harga barang untuk membuat pilihan. Laman web Amazon tidak semestinya memberikan penilaian yang tepat kerana penilai barangan di Amazon hanya membuat penilaian berdasarkan pengetahuan asas sahaja. Oleh itu aplikasi ini akan membantu anda melihat perbandingan daripada laman web yang dipercayai sebelum mengguna membuat pilihan.

#3 Kit: Pereka Berkongsi Produk Yang Mereka Suka

5 Sites to Find Product Reviews, Compare Anything, & Decide What to Buy kit

kredit: makeuseof.com

Laman web ini membenarkan para pereka atau sesiapa sahaja yang ingin berkongsi tentang fungsi dan ciri produk yang telah digunakan. Sebagai contoh, Casey Neistat berkongsi produk yang digunakan semasa menghasilkan filem dan membolehkan pengguna diluar sana untuk membuat perbandingan dari segi kualiti, ciri dan reka bentuk.

Read More  Kenapakah Bateri Lithium-Ion Mudah Meletup?

 

#4 Product Mentions: Mengetahui Pautan Amazon Yang Dikongsi Oleh Pengguna Reddit

5 Sites to Find Product Reviews, Compare Anything, & Decide What to Buy productmentions

kredit: makeuseof.com

Reddit merupakan aplikasi membeli belah yang akan mendapatkan rekomendasi daripada pelbagai pengguna. Jika ada pengguna yang berkongsi maklumat tentang sesuatu produk anda akan dapat melihat di laman web ini. Anda juga akan dapat melihat pautan secara langsung dari laman web Amazon dan dapat juga melihat gambar produk dan penilaian produk.

 

#5 Versus: Membuat Perbandingan Secara Cepat

5 Sites to Find Product Reviews, Compare Anything, & Decide What to Buy versus

kredit: makeuseof.com

Jika anda terkeliru untuk antara dua produk, anda boleh menggunakan laman web ini untuk mecari jalan penyelesaian. Laman web ini akan dapat membantu anda membuat penilaian antara dua barangan secara teliti dan penuh. Oleh itulah ia akan memudahkan anda untuk membeli khususnya golongan wanita.

Kesimpulannya, laman web di atas membantu kita untuk membuat perbandingan, review dan harga sebelum membeli barangan di atas talian.

Sumber: makeuseof.com

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...