Aplikasi Baru dari Pembangun Assassin Creed Menggalakkan Anda Beristirehat di Atas Katil

80

Direka oleh Tru Luv, studio ini diasaskan oleh pembangun Assassin Creed Brie Code dan penulis Eve Thomas. #Selfcare ialah siri latihan pernafasan dan fokus. Satu aktiviti memerlukan anda untuk menggabungkan perkataan seperti “unfollow” atau “overslept”  dengan menggerakkan blok-blok huruf manakala tugasan mudah yang lain seperti bermain dengan kucing maya anda di skrin. Matlamatnya bukanlah untuk memenangi atau mencapai markah yang tinggi, tetapi untuk memenuhi keperluan anda. #SelfCare ialah peneman digital yang direka untuk memenuhi tujuan tersebut sahaja.

Code, pembangun aplikasi ini mengimbas kembali pengalamnnya sebagai programmer AI dan fokusnya terhadap hubungan antara karekter dalam permainan.

Dari situlah datangnya konsep peneman #SelfCare, seseorang yang menemani anda dalam pengembaraan anda. Kebanyakan aplikasi memberitahu anda apa yang patut anda buat atau memberikan terlalu banyak pilihan untuk diberitahu apa yang patut dibuat. Tru Luv mencipta teman yang mempunyai matlamat dan personaliti sendiri tetapi turut menyokong matlamat anda. Masing-masing menyokong antara satu sama lain.

#SelfCare tidak menjengkelkan anda untuk sentiasa menyemaknya tetapi sentiasa memberi galakan setiap kali anda membuka aplikasi itu. Mesej penting yang ingin disampaikan aplikasi ini mudah sahaja.

“Dalam dunia ini, anda dibenarkan untuk berehat di atas katil dan tidak mengendahkan telefon pintar anda”

Kredit: Pro Mobile Reviews

Read More  Inilah Senarai 20 Kata Laluan Yang Teruk Yang Digunakan Oleh Orang Ramai Pada Tahun 2017!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...