Adakah Anda Memerlukan Insurans Siber? 4 Soalan Yang Perlu Ditanya Sebelum Anda Terus Membeli

348

kredit: Google Images

Jaminan sekuriti merupakan suatu perkara yang mengembirakan kepada semua pengguna internet. Terdapat pelbagai masalah wujud kecurian data dan akhirnya anda akan kerugian wang yang banyak. Jenayah siber menyebabkan pelanggan dan peniaga kerugian wang yang banyak. Tetapi tahukah anda terdapat satu cara untuk mengatasi masalah ini iaitu insurans siber.

Apa itu insurans siber? Insurans jenayah siber ialah suatu industri yang meningkat naik dan sedang diteroka oleh peniaga dan organisasi. Namun begitu, adakah berbaloi untuk kita melaburkan wang kita untuk membeli insurans jenayah siber untuk kegunaan di rumah? Adakah kita akan dilindungi dengan insurans jenis ini? Jom ketahui EMPAT (4) soalan yang anda perlu tahu sebelum membuat keputusan membeli insurans jenayah siber:

1. Apa Itu Siber Insurans?

Jenayah siber semakin berleluasa dan menyebabkan ketidakseimbangaan sekuriti dan komen negatif. Selain itu, ia juga mengakibatkan kos yang tinggi untuk menyelesaikan kos pemulihan data.

Insurans peribadi siber dapat membantu anda mengurangkan kos membayar pelanggaran keselamatan seperti tuntutan perampasan ransomware, pemulihan data, pemusnahan data, penipuan dalam talian dan kecurian identiti. Polisi-polisi ini juga melindungi individu untuk membantu mengurangkan kos pemulihan data. Sebagai contoh:

  1. Memalsukan rekod kesihatan
  2. Ransomware
  3. Pemulihan data
  4. Menggodam data

Mungkin bagi ada dengan membeli insurans siber agak mahal tetapi jika data anda dicuri, kos pemulihan data sahaja bermula daripada RM200-RM1400 mengikut tahap lokasi dan data yang dicuri. Manakala untuk memulihkan data telefon bimbit pula mencapai kos RM800 mengikut peranti yang digunakan. Jadi apakah pilihan terbaik yang anda ada?

 

2. Berapakah Jumlah Kos  Insurans Siber?

Terdapat beberapa perkara yang perlu ada tahu sebelum anda meneruskan pembelian insurans siber. Kos insurans siber bergantung kepada polisi yang kita ingin guna. Oleh itu berapakah jumlah amaun yang anda sanggup bayar untuk kos insurans siber? Mengikut jenis insurans, ia juga mengikut kadar polisi bergantung kepada dasar perlindungan yang anda inginkan.

Read More  Facebook Tidak Lama Lagi Akan Membenarkan Anda Untuk Menonton TV Bersama Rakan-Rakan Menggunakan Watch Party

 

3. Adakah Anda Memerlukan Insurans Siber?

Serangan siber juga akan memberikan kesan kepada peniaga dan individu serta pelanggaran sistem yang berulang akan berlaku. Jika pihak bank mampu menjadi mangsa jenayah siber, adakah individu biasa seperti kita memerlukan insurans siber?

Sesetengah individu berfikir yang harga aset berbaloi untuk membeli insurans individu atau keluarga. Anda perlu fikir yang jenayah siber mungkin berlaku kepada anda dan jangan kerana takut untuk melaburkan wang menyebabkan data anda dicuri.

4. Adakah Insurans Siber Satu Penipuan?

Ada yang berpendapat yang insurans siber adalah satu kerugian apabila penggodam dapat menggodam data individu dan anda terpaksa melindungi data anda dengan lindungan insurans siber. Tetapi anda perlu tahu peningkatan ransomware oleh penggoda menyebabkan kos pemulihan data yang tinggi daripada harga membeli insurans siber. Jadi apakah pilihan anda?

Kesimpulannya kita hendaklah berhati-hati dalam mengunakan teknologi atau internet pada masa kini. Polisi insurans juga bergantung kepada isu yang berkaitan dan tidak melindungi secara menyeluruh. Berikut merupakan langkah yang anda boleh lakukan untuk melindungi data anda:

  1. Memuatnaik sistem dan perisian anda
  2. Menggunakan pin keselamatan yang selamat dan jenis yang kuat
  3. Membeli VPN semasa menggunakan sambungan internet di luar sambungan internet rumah anda
  4. Tidak meninggalkan peranti anda di tempat terbuka
  5. Membeli jenis antimalware premium dan sentiasa mengemaskini antivirus anda

Sumber: makeuseof.com

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...