Touch ‘n Go Bakal Menghentikan Penjualan SmartTAGs Dan Merancang Untuk Memperkenalkan RFID Pilot Pada Bulan September

358

kredit: Google  Images

Dengan perkembangan teknologi yang makin pesat dan membangunkan menyebabkan pelbagai perbaharuan sistem untuk memudahkan rakyar Malaysia. Kini Touch ‘n Go dan syarikat konsensasi lebuh raya dijangka akan menukarkan sistem tol sedia ada kepada RFID (radio frequency identification) atau pengenalan frekuensi radio untuk sistem pembayaran tol di setiap lebuhraya di Malaysia pada Januari tahun depan.

Sistem ini juga menggunakan pelekat yang mempunyai RF chip yang akan dilekatkan di kenderaan. Pelekat  ini ialah unik apabila setiap kenderaan akan dipautkan bersama Touch ‘n Go eWallet, yang membenarkan penggunanya memantau baki dan memasukkan wang bayaran melalui sistem perbankan dan kad debit/kredit.

Penggunaan RFID sebagai bayaran tol bukan perkara baru, sistem ini telah dilaksanakan di pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Argentina dan Taiwan. Pelekat RFID ini juga bakal mengantikan teknologi peranti SmartTAG yang dipakai masa kini.

Tetapi, penggunaan SmartTAG, Touch ‘n Go cards dan MyKad masih boleh diguna pakai untuk membuat bayaran seperti biasa. Bermula pada bulan September ini,  Touch ‘n Go akan menjalankan pelaksanaan percubaan RFID dengan orang ramai yang ingin menguji sistem ini.

Melalui sistem percubaan ini akan membantu Touch ‘n Go mengubahsuai sistem untuk memastikan sistem ini selaras dan bersedia untuk dijalankan pada tahun depan. Bagi orang ramai yang berminat untuk mendapatkan sistem ini boleh menghubungi  touchngo.com.my sebelum bulan September dan perlu membuat temujanji terlebih dahulu di sistem temujanji  TNG RFID. Sistem ini akan bermula pada 3 September.

 

Senarai lebuhraya yang mempunyai laluan RFID di Klang Valley:

1. Kuala Lumpur – Karak Expressway (KLK)
2. Damansara – Puchong Expressway (LDP)
3. Kemuning – Shah Alam Highway (LKSA)
4. Cheras – Kajang Highway (GRANDSAGA)
5. Lebuhraya Grand Sepadu (GRANDSEPADU)
6. Shah Alam Expressway (KESAS)
7. Kajang Dispersal Link Expressway (SILK)
8. Maju Expressway (MEX)
9. Duta – Ulu Kelang Expressway (DUKE)
10. Stormwater Management And Road Tunnel (SMART)
11. New Pantai Expressway (NPE)
12. Besraya Expressway (BESRAYA)
13. Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
14. Kuala Lumpur – Kuala Selangor Expressway (LATAR)
15. Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH)
16. Guthrie Corridor Expressway (GCE)

Read More  Google Clips, Kamera Pintar Yang Menggunakan Teknologi Artificial Intelligence!

Dengan sistem baru akan pastinya berlaku perubahan dan berkemungkinan akan dapat mengurangkan kesesakan jalan raya oleh rakyat Malaysia.

Sumber: thestar.com

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...