7 Gajet “Cool” untuk Membantu Anda Menyejukkan Diri dalam Cuaca Panas

358

Jika di negara Korea Selatan, Jepun, dan Eropah mempunyai empat musim, Malaysia juga merupakan negara empat musim; panas, sangat panas, lembab, sangat lembab. Bulan Mei hingga Ogos merupakan waktu paling panas kerana ketika ini matahari terletak paling dekat dengan ekuinoks. Semestinya kita semua berasa seperti kekal berada di kawasan berhawa dingin sepanjang hari. Kini, anda tidak perlu risau. Teknologi dan inovasi bersedia untuk membantu. Berikut merupakan gajet terbaik untuk memastikan anda tidak perlu risau tentang peluh di tempat awam.

Evapolar evaLight (harga pasaran 193 euro = RM 902)

Merupakan alternatif yang menarik menggantikan pendingin hawa, ia tidak memerlukan apa-apa pemasangan ataupun pempaipan untuk menyejukkan.

Ia merupakan peranti peribadi kecil yang perlu berada dekat dengan anda untuk berasakan udara sejuk yang dikeluarkan. Isikan tangki dengan air dan buka suis. Bazel berputar di sekitar paparan mengubah kelajuan kipas manakala skrin menunjukkan suhu dan boleh disentuh untuk menukar tetapan seperti warna cahaya atau mematikannya untuk mod malam.

Ia berfungsi dengan apa-apa adapter kuasa USB 2A. Menggunakan 750 ml air, ia boleh bertahan sehinnga lima jam sebelum perlu ditambah.

Geizeer (harga pasaran 145 euro = RM677)

Sistem penyejukan Geizeer menggunakan kipas besar PC yang membawa angin sejuk dengan menghalakannya ke pek ais untuk menyejukkan ruang kecil disekitarnya.

Kotak kayu kecil ini mempunyai beberapa lubang di bahagian atas dan tepi kiri dan kanan untuk memberi laluan kepada laluan angin. Bahagian bawah mengandungi bateri boleh cas dan ruang untuk pek ais. Bahagian atas yang dipegang oleh magnet pula mengandungi kipas. Terdapat suis kecil di bahagian tepi untuk mengubah kelajuan.

Read More  DC Daily: Berita Gembira Buat Peminat DC

Udara yang dikeluarkan daripada empat bahagian yang terbuka agak sejuk dengan adanya pek ais. Ianya terbaik digunakan di atas meja dan kelihatan seperti hiasan yang digunakan untuk mendekorasi bilik anda.

Techniche Evaporative Cooling Vests and Jackets (harga pasaran 35-70 euro = RM164-RM327)

Agen penyejukan kreatif tidak hanya terhad kepada kipas kecil, tetapi boleh juga diubahsuai sebagai pakaian. Anda perlu untuk merendam ves di dalam air dan fabrik istimewanya bertindak seperti span. Bahagian dalam ves ini kalis air sementara udara melalui jaket tersebut menyebabkan air perlahan-lahan tersejat dan menyejukkan permukaan jaket dan anda boleh merasainya.

Produk ini memerlukan aliran udara yang baik untuk berada pada tahap terbaik. Namun begitu, anda tidak boleh menggunakan beg atau menyentuh apa-apa di bahagian dada dan belakang untuk mengelakkan beg anda basah.

Techniche Evaporating Cooling Wrist Wraps (harga pasaran 11.90 euro = RM56)

Kelihatan seperti sweat band besar, ianya berfungsi sama seperti ves penyejuk. Rendamkannya ke dalam air untuk dua minit, perahkan lebih dan pakainya. Ia menyejukkan pergelangan tangan anda dan menerusi darah yang mengalir, ia akan menyejukkan sistem dalaman dalaman.

Tuala Techniche Cool Towel Pro (harga pasaran 11.99 euro =RM56)

Tuala yang keras seperti kadbod apabila kering, tuala ini menyerap air dan dipakaikan di leher untuk menyejukkan kulit anda.

Tie Chilly (harga pasaran 11.99 euro = RM56)

Tie Chilly membantu anda menyejukkan diri tanpa perlu menyentuh apa-apa yang basah. Tali leher ini didatangkan dalam pelbagai warna dan dilekatkan dengan magnet.

Tali leher ini menggunakan pek ais boleh guna semula  yang hanya perlu direndam dalam air dan diletakkan dalam peti sejuk beku. Hanya letakkan jalur beku itu ke dalam poket berzip dan lilit tali leher itu di sekeliling leher anda.

Read More  Cara Untuk “Quote” Seseorang Di WhatsApp!

Makita Fan Jacket (harga pasaran: pemegang bateri 16 euro = RM74, bateri 44 euro =RM205)

Jaket lembut ini dipenuhi dengan poket di tempat yang sesuai. Di bahagian belakang, anda akan dapati kipas berkembar yang diletakkan dalam ruang berzip untuk membekalkan angin ke dalam jaket bagi memastikan anda kekal sejuk.

Ianya dibekalkan kuasa menggunakan bateri Makita. Bateri yang digunakan agak berat dan anda mungkin kelihatan agak pelik apabila memakai jaket tersebut.

Kredit: The Guardian

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...